Monday, July 8, 2013

Unik! Budak Lapan Tahun Kahwin Dengan Seorang Nenek

Perkahwinan di antara pasangan yang mempyunyai jarak usia  jauh merupakan sesuatu yang jarang kita dengar. Kadangkala lelaki tua meminang wanita muda itu seperti biasa kita dengar. Namun begitu, di Afrika, terdapat seorang budak yang baru sahaja berusia lapan tahun telah berkahwin dengan seorang wanita yang sudah bersatus nenek. Perkahwinan ini dirancang atas sebab sayang di antara kedua-duanya. Unik bukan?



Tshwane (Afrika Selatan): Seorang murid sekolah berusia lapan tahun melangsungkan perkahwinandengan wanita yang mungkin seusia dengan neneknya.
Sanele Masilela melangsungkan perkahwinan itu di depan 100 tetamu dengan ibu anak lima, Helen Shabangu, walaupun wanita berkenaan masih mempunyai suami.
Pasangan itu bertukar cincin dan bercium di majlis yang diadakan di Tshwane, Afrika Selatan.
Sanele mendakwa dia berkahwin kerana diarah oleh nenek moyangnya.




Keluarganya yang membelanjakan kira-kira RM7,500 untuk majlis itu berkata, ia hanya bersifat ritual dan tidak sah dari segi undang-undang.
“Saya memberitahu ibu, saya ingin berkahwin kerana itu yang saya mahukan. Saya gembira dapat berkahwin dengan Helen. Apabila dewasa kelak, saya akan kahwin dengan wanita seusia saya,” kata Sanele.
Patience, Ibu Sanele yang berusia 46 tahun berkata: “Datuk Sanele mengarahkannya berkahwin sebelum dia mati. Dia memilih Helen kerana sayangkan wanita itu. “Dengan berbuat demikian, nenek moyangnya pasti gembira. Jika kami menghalangnya, sesuatu yang buruk akan berlaku ke atas keluarga kami.” Helen ketika mengulas perkahwinannya itu berkata: “Itu yang dimahukan nenek moyangnya.”
Sumber : Harian Metro

1 comments: