Monday, July 1, 2013

RUMAH SEMPIT YANG DIREKA DENGAN BIJAK DAN KREATIF DI JEPUN!


Di kebanyakan bandaraya-bandaraya besar di seluruh dunia, antara yang menjadi masalah merumitkan adalah tentang perumahan kerana kepadatan penduduk yang semakin meningkat. Di Hong Kong contohnya penduduk terpaksa hidup sesak dalam suasana apartment yang sempit.

Antara cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mereka ruang kediaman yang lebih efisien dalam penjimatan ruang. Di Jepun contohnya, arkitek Shintaro Fujiwara dan Yoshio Muro dari Fujiwaramuro Architects telah mereka rumah sempit yang selesa didiami di atas tanah sekecil 37 meter persegi. Bertempat di daerah Hyogo di Jepun, antara ciri istimewa pada rumah sempit ini ialah pada bahagian facade yang dihiasi daripada bahan binaan kayu.

Rumah setinggi tiga tingkat ini dilengkapi dengan dua buah bilik tidur, ruang tamu, ruang makan, dapur, bilik stor dan juga garaj. Selain itu ianya juga dilengkapi dengan skylights yang berfungsi menjimatkan elektrik dengan menyediakan pencahayaan semulajadi ke dalam rumah.


pandangan dari luar rumah

bahagian facade yang dibina daripada kayu

kiri: pintu masuk, kanan: ruang makan

pandangan dari atas bahagian dalam rumah

ruang makan

bahagian atrium dalam rumah

bilik tidur

pandangan atas bumbung

Sumber : Design Boom

1 comments: