Singgah Fanpage Official Kami!

Pastikan anda tidak tercicir walau sekeping gambar lawak disini :)

Sertai Affiliate Stylo! di iamstylo.com

Sistem affiliate iamstylo adalah berasaskan affiliate 3 tier. Jika anda membuat jualan dengan menggunakan affiliate link yang telah iamstylo berikan maka anda boleh memperolehi 5% daripada harga jualan ( tidak termasuk harga pos ).

ADS HERE ?

iklan anda ?

ADS HERE?

IKLAN ANDA ?

ADS HERE?

IKLAN ANDA?

Sunday, January 12, 2014

7 Cerita Sejarah Mengerikan Suku Kanibal Di Dunia

Hari ini kami ingin menceritakan tentang 7 cerita sejarah mengerikan suku kanibal di dunia. Kita semua tahu suku kanibal ni suka makan manusia. Jom baca kisah yang mengerikan ini.(7 Gambar)

1. Suku Kanibal ( The Carib )



Nama suku inilah yang menjadi sebutan untuk orang yang memakan orang lain.Ia diketahui merupakan suku pertama di dunia yang melakukan amalam kanibalisme.Oleh para pelaut biasa disebut "The Carib people of the Lesser Antilles". Nama ini diberikan oleh colombus dalam catatannya dengan menyebut nama "caniba" (yang merupakan kata lain dari kariba yang ertinya "orang yang memakan orang"). Para suku karibia ini biasanya melakukan kanibalisme kepada musuhnya, namun semenjak masuknya agama Kristian ke sana, perlahan-lahan budaya itu mulai hilang.


2. Suku Kanibal ( The Aztec )



Suku Aztec tidak diragukan lagi sebagai suku yang paling brutal sebelum ditemukannya benua Amerika oleh Colombus. Mereka melakukan ribuan pengorbanan yang menggunakan manusia tiap tahunnya. Korban biasanya dicabut jantungnya yang masih dalam keadaan berdenyut selagi hidup. Lalu tubuhnya dijadikan masakan untuk dimakan beramai-ramai.


3. Suku Kanibal ( The Native Americans )



Pada masa awal penaklukan benua Amerika, banyak sejarah bercerita bahawa suku-suku Indian di Amerika melakukan amalan kanibalisme. Walaupun sekarang masih jadi perdebatan, banyak yang mengaku memiliki bukti amalan kanibalesme oleh suku-suku Indian. Contohnya suku Indian Karankawa di Texas, pada tahun 1768 seorang pendeta yang berasal dari Sepanyol menyaksikan dan merakam ritual yang dilakukan Karankawa kepada musuhnya yang menjadi tebusan. Mereka mengelilingi korban tersebut dan secara bergantian memotong kulit /daging korbannya lalu memakannya di depan mata korbannya.


4. Suku Kanibal ( The Africans )



Benua ini mungkin merupakan benua yang masih melakukan amalan kanibalisme sampai saat ini. Walaupun secara mata kasar tidak pernah terlihat, banyak saksi mata melaporkan adanya aktiviti perdagangan organ tubuh manusia di sana. Disertai bukti, banyak warga pendatang yang hilang saat bercuti/melintas di sana. Biasanya penculikan dilakukan oleh geng-geng kriminal. Disebutkan juga, pada saat perang Congo ke-2 dan perang sipil di Liberia dan Sierra Leone, sering terjadi aksi kanibalisme di sana.


5. Suku Kanibal ( Fiji )



Budaya kanibalisme juga diketahui telah menyebar di kawasan Polinesia dan Melanisia. Fiji diketahui sebagai pulau para kanibalisme. Seorang kepala suku Fiji mengakui telah memakan 875 orang dan ia sangat membanggakannya.


6. Suku Kanibal ( The Korowai )



Suku korowai di Papua, Indonesia diketahui sebagai suku yang masih tersisa di dunia dan melakukan kanibalisme hingga saat ini. Mereka biasanya memakan anggota sukunya yang dicurigai sebagai penyihir. Biasanya mereka memakan otaknya selagi masih dalam keadaan hangat. Kediaman mereka biasanya berada di atas pohon tinggi yang berguna untuk melindungi diri dari musuh-musuhnya.


7. Suku Kanibal ( The Maori )



Suku Maori di New Zealand merupakan suku kanibal yang pernah didokumentasikan dengan sangat baik. Kanibalisme sudah menjadi bahagian dari kebudayaan Maori dan mereka tidak pernah berhenti memakan musuhnya. Ketika kapal Inggris, The Boyd, berlabuh dan para awaknya membunuh anak dari kepala suku Maori, para pejuang suku Maori membalas dendam dengan membunuh dan memakan 66 awak kapal tersebut. Kejadian ini yang akhirnya terkenal sebagai "body massacre"


Sumber

Thursday, January 9, 2014

'ARCHIPELAGO CINEMA' PANGGUNG WAYANG TERAPUNG THAILAND

Sekarang ini adalah bagaimana sepatutnya menonton filem perlu dilakukan. Pemandangan Ini benar-benar menakjubkan dan terletak di pantai berbatu Yao Noi, Thailand. Cinema Archipelago adalah sebahagian daripada acara yang direka oleh Ole Scheeren dan dianjurkan oleh 'Film on the Rocks Yao Noi', yang berlangsung dari 9-13 Mac 2012.









Sunday, January 5, 2014

Kisah 4 Orang Yang Terlepas Dari Hukuman Mati

Berikut merupakan kisah 5 orang yang terlepas dari hukuman mati.. Layan..


1. Anne Green

Anne Green dihukum mati dengan cara digantung ketika berumur 22 tahun. Pada masa itu, hukuman gantung dilaksanakan dengan cara banduan disuruh mengalungkan sendiri tali ke lehernya.

Setelah tergantung selama 1/2 jam, tubuh anne diturunkan dan diberikan pada pihak universiti sebagai bahan kuliah anatomi. Namun, setelah sampai di kampus, peti dibuka dan doktor mendengar suara penafasan dari tengkuknya. Mereka segera memberinya minum.

Dua belas jam setelah dihukum, Anne sudah dapat bercakap beberapa perkataan. Beberapa tahun kemudian Anne akhirnya menikah dan mempunyai 3 orang anak, serta dapat hidup 15 tahun lagi setelah peristiwa hukuman yang membuatnya terkenal itu.

Setelah kes ini, banduan mati digantung dengan cara dijatuhkan dari ketinggian tertentu untuk mematahkan lehernya, sehingga dapat mati secara cepat.


2. John Henry George Lee



John merupakan seorang pembantu di rumah Miss Emma. Suatu hari, Miss Emma ditemui mati dengan leher yang dikelar pisau dan rumahnya terbakar. John kemudian dituduh bersalah dan dihukum gantung.

Menurut jadual, John akan dgantung pada 23 Februari 1885 di Exeter Prison. Ketika tiba harinya, John dibawa keluar dari selnya untuk menuju tempat hukuman. Namun, trap door (pintu penyekat antara zon penjara) sangkut tidak bergerak.

Bukan hanya sekali dua kali, tetapi tiga kali. Akibat bingung dengan kejadian tersebut, John dikembalikan ke sel nya. Dan beberapa hari kemudian, hukumannya diubah menjadi dipenjara seumur hidup.


3. William Duell


Ketika berusia 16 tahun, William dihukum mati dengan cara digantung akibat tuduhan merogol dan membunuh terhadap seorang gadis di Village of Tyburn, London.

Sama seperti Anne, mayat William akan digunakan di kuliah medical training, sesuai dengan prosedur pada waktu itu. Setelah disahkan mati, mayatnya dibawa ke universiti.

Kemudian setelah pakaiannya ditanggalkan dan diletakkan di atas papan, seorang petugas makmal yang menyedari bahawa William masih bernafas. Makin lama, William bernafas semakin cepat.

Dalam 2 jam, dia sudah dapat duduk. Malam itu juga, pihak kerajaan memutuskan untuk mengubah hukumannya menjadi hukuman penjara.


4. Joseph Samuel




Joseph dihukum mati dengan cara digantung setelah dituduh melakukan rompakan rumah seorang wanita kaya dan polis yang menjaga rumah tersebut dibunuh. Joseph memang mengakui pertuduhan tersebut.

Namun,dia menyatakan bahawa dia tidak terlibat dalam pembunuhan tersebut. Joseph merompak rumah tersebut bersama gengnya. Ketua geng dilepaskan kerana kurangnya bahan bukti.

Pada 1803, Joseph dibawa bersama banduan lain ke Parramatta, di mana sudah ada ratusan orang yang datang untuk melihat hukuman ini. Setelah berdoa, Joseph naik ke atas gerabak dan di lehernya dikalungkan tali. Setelah siap, gerabak tersebut ditarik.

Namun perkara pelik terjadi apabila tali gantung tersebut putus. Setelah dicuba untuk kali kedua, tali itu tetap putus. Para penonton mula riuh dan cubaan kali ketiga disiapkan. Tetapi tali itu putus juga buat kali ketiga.

Lantas petugas di lokasi memberitahu gabenor tentang peristiwa ini. Setelah mengetahuinya,gabenor mengubah hukuman Joseph menjadi dipenjara seumur hidup.

Gabenor dan petugas lain yakin bahawa kejadian tersebut merupakan petunjuk dari Tuhan, bahawa Joseph tidak seharusnya mendapat hukuman tersebut.


5. Wenseslao Moguel



Moguel dihukum mati dengan cara ditembak oleh pasukan tembak polis. Dia ditembak 9 kali, termasuk 1 peluru terakhir yang ditembakkan ke kepalanya oleh komander pasukan dalam jarak dekat untuk memastikan kematiannya.

Entah bagaimana, Moguel dapat bertahan hidup dan merancang untuk melarikan diri. Moguel pulang ke kampungnya untuk menikmati sisa hidupnya yang sangat berharga tersebut. Foto di atas diambil pada tahun 1937 di rancangan Ripley's Believe It or Not dimana Moguel menunjukkan tanda bekas peluru yg menembus kepalanya dari jarak dekat.

p/s : Ajal maut ditangan tuhan...

10 Kemalangan Paling Mahal Di Dunia!

Andai anda masih ingat terdapat beberapa kemalangan atau kecelakaan besar yang mengakibatkan kerugian yang banyak suatu ketika dahulu dan menjadi sejarah buat dunia hari ini. Ini antara 10 kemalangan paling mahal di dunia..


1. Chernobyl ($200 Billion)
Pada April 1986 telah berlakunya malapetaka paling buruk di dalam sejarah dunia moden. Letupan Reaktor Nuklear Chernobyl, ianya kemalangan paling berkos tinggi di dunia. 50% kawasan Ukraine di Barat Russia terpaksa dikosongkan. Lebih 1.7 juta manusia mendapat kesan dari malapetaka ini, termasuklah mereka yang mendapat efek seperti kanser disebabkan radiasi. Beberapa tahun kemudian, dianggarkan 125,000 orang. Letupannya dianggarkan 400 kali lebih dahsyat dari bom yang dijatuhkan di Hiroshima pada Perang Dunia Kedua. Kemalangan di Chernobyl ini, menyebabkan prosedur dan standard keselamatan melibatkan Reaktor seluruh dunia dirombak dan diberi kajian semula.
2. Space Shuttle Columbia ($13 Billion)
Masih anda ingat dengan kemalangan Kapal Angkasa Columbia? Ianya musnah ketika memasuki ruang udara bumi selepas melakukan ekspedisi angkasa di ISS pada 1 Februari 2003. Hasil penyiasatan menunjukkan kerosakan kecil di bahagian pelindung haba di sayap kiri Columbia menyebabkan ianya gagal menahan kesan suhu tinggi ketika memasuki ruang udara Texas akibat kelajuan yang terlampau tinggi. Semua 7 anggota crew STS-107 tersebut terbunuh. Kos membina Kapal Columbia yang berjumlah $2 bilion pada 1978 ($6.3 billion jumlah kini). $500 juta dihabiskan utk tujuan penyiasatan serta mencatatkan sejarah sebagai kos penyiasatan paling tinggi didunia.
3. Prestige Oil Spill ($12 Billion)
Pada 13 November 2002, Kapal yang dinamakan “The Prestige” membawa 77,000 tan minyak mentah dan kejadian bermula apabila 1 daripada 12 tangkinya meletup disambar kilat di perairan Galicia, Sepanyol. Akibat risau kapal akan tenggelam menyebabkan kapten meminta pertolongan dari pihak keselamatan Sepanyol untuk membawa kapal tersebut ke Pelabuhan berdekatan, tetapi pihak keselamatan tidak menghiraukan pertolongan dari kapten kapal The Prestige malah mengarahkan kapal itu keluar dari perairan mereka. Kapten kapal telah memohon pertolongan dari pihak keselamatan Perancis dan Portugal perkara sama juga terjadi. Laut semakin bergelora dan kapal Prestige itu tidak dapat diselamatkan ianya tenggelam ditelan laut menyebabkan 20 juta gelen minyak mentah ditumpahkan ke laut. Kos keseluruhan pemulihan sehingga kini masih dihitung dan dipercayai berjumlah $2.5 billion.
4. Challenger Explosion ($5.5 Billion)
Pada 28 Januari 1986, NASA melancarkan Misi Kapal Angkasa Challenger, 73 saat selepas pelancaran ianya meletup di ruang udara. Hasil penyiasatan, ianya berlaku disebabkan faktor teknikal “faulty O-Ring” dimana ianya gagal untuk melindungi satu bahagian penyambungan, menyebabkan tekanan kepada Liquid Gas didalam tangki. Overload pada tekanan gas menyebabkan ianya keluar dan berlaku letupan yang dahsyat. Kos untuk menukarkan Space Shuttle tersebut, penyiasatan, pertukaran kelengkapan telah memakan kos hampir $5 billion.
5. Piper Alpha Oil Rig ($3.4 Billion)
Hari terburuk dalam sejarah minyak dunia. Ketika itu Piper Alpha Oil merupakan pengeluar minyak terbesar didunia dgn menghasilkan 317,000 per tong sehari. Kebakaran Pelantar Minyak paling buruk pernah terjadi di dunia ini terjadi pada 6 Julai 1988 kerja-kerja maintenance teknikal oleh Jurutera melibatkan lebih 100 “tiub valve” yang menyalurkan gas cecair. Kesilapan terjadi apabila salah seorang Technician terlupa untuk menukar 1 daripadanya. Pada pukul 10 malam, operasi itu dimulakan seperti biasa, apabila butang ditekan oleh pekerjanya, satu letupan dahsyat yang merekodkan sejarah dunia terjadi. Dalam masa 2 jam keseluruhan pelantar meletup dan terbakar menyebabkan 167 kehilangan nyawa.
6. Exxon Valdez ($2.5 Billion)
Pada March 1989, Tumpahan lebih 10.8 juta gelen minyak di Teluk Prince William yang hanya boleh diakses hanya dengan bot dan helikopter. Ianya merupakan tumpahan minyak paling dahsyat dalam sejarah dunia moden. Kos pemulihan melibatkan $2.5 Billion yang ditanggung oleh Exxon.
7. B-2 Bomber Crash ($1.4 Billion)
B-2 Stealth Bomber. Ianya merupakan Pesawat Pengebom US Airforce paling mahal yang pernah dibina. The Spirit of Kansas ini pernah diterbangkan selama 5,176 jam. Dua orang krew yang sedang mengendali pesawat berkenaan terselamat sebelum ia terhempas. Kemalangan B-2 bomber berlaku di Guam Airbase pada Februari 2008 sejurus sahaja ianya berlepas. Pasukan penyiasatan membuat kesimpulan, ianya disebabkan oleh “Flight Computer System” dimana data arahan secara tiba-tiba mengarahkan Pesawat membuat “nose-up move” menyebabkan ianya hilang kawalan dan terjatuh. Ianya melibatkan sebuah B-2 Bomber dari 21 buah yg pernah dibina oleh US.
8. MetroLink Crash ($500 Juta)
Ianya berlaku pada 12 september 2008, jam 4.22 petang di daerah Chatsworth, Los Angeles telah dicatatkan sebagai kejadian kemalangan keretapi paling buruk di dalam sejarah California di mana 25 orang terbunuh dan 135 yang lain cedera. Kejadian berlaku apabila keretapi barang Union Pacific bertembung berhadapan dengan keretapi komuter Metrolink. Keretapi Metrolink dipercayai melanggar isyarat merah sebelum memasuki trek di mana keretapi barang berkenaan berada. Ianya berpunca dari kesilapan konduktor yang cuai membalas SMS serta tersalah memasuki laluan semasa pertukaran rail di Stesen California. Tindakan undang-undang dijangkakan melibatkan nilai lebih $500 juta.
9. Tanker Truck vs Bridge ($358 Juta)
Pada 26 Ogos 2004 sebuah kereta berlanggar dengan sebuah lori tangki yang membawa 32 ribu liter minyak di Whiethel Brigde di Jerman. Lori tangki tersebut merempuh pagar dan terjatuh 100 kaki ke bawah Jambatan Authobahn Highway menyebabkan letupan besar yang memusnahkan “load-bearing” jambatan tersebut. Kerja2 sementara untuk membaiki Jambatan ini melibatkan $40 Juta dan kos menukarkan jambatan $310 Juta.
10.Titanic ($150 Juta)
Karamnya Titanic mungkin tragedi yang paling terkenal di dunia, Hollywood pernah menghasilkan filem dari kejadian ini. Pada jam 11:40 malam 14 April 1912, peninjau kapal ini mengesan sebuah aisberg yang besar ketika berlayar di 400 batu ke selatan Grand Banks of Newfoundland. Tragedi Titanic melanggar aisberg semasa membuat trip percutian pertama mengorbankan 1500 hartawan. Kapal ini melibatkan kos $7 Juta untuk dibina dan antara yg paling mewah dan mahal ketika itu.($150 Juta Sekarang)

Sejarah Ujang Dan Majalah Ujang | Dimanakah Beliau Menghilangkan Diri?

Ibrahim Anon atau Ujang yang merupakan nama pena bagi seorang pelukis berbakat besar walaupun bertubuh agak sederhana kecil. Mula mencipta namanya di Gila-Gila dengan kartun loose Si Tenggang. Waktu kartun beliau kelihatan agak kurang matang dan strokenya terlalu simple. Walau bagaimana pun, Ujang berjaya meyakin penerbitnya bahawa karyanya suautu ketika akan diterima pembaca. Beliau telah membuktikan kegigihannya melalui watak-watak yang diciptanya melalui pengamatan dunia kelilingnya. Watak-watak dalam dirinya diterjemahkan dalam bentuk visual yang agak kartun tetapi menyentuh jiwa lewat karya-karyanya Aku Budak Minang, Jibam, Aca, Atuk dan banyak lagi.

Setelah betahun-tahun beliau menghilangkan diri daripada persada seni ekoran kekecewaan beliau terhadap masalah berkenaan karya intelek beliau, kini beliau menjelma kembali dengan semangat yang penuh membara untuk mengejutkan kembali kartunis-kartunis tanah air daripada 'tidur.' Beliau adalah seorang yang amat mementingkan keaslian 100% dalam sesuatu karya yang diterbitkan.

Menurut beliau, fenomena para karyawan di Malaysia yang kebanyakannya meniru sedikit sebanyak kartun-kartun dan komik-komik luar negara seperti Jepun, Hong Kong, Korea, Amerika Syarikat, benar-benar mengecewakan beliau.
Tahun 2007 merupakan tahun kebangkitan semula 'Sifu Kartun Malaysia' ini. Bermula dengan usaha syarikat Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB) yang telah memberikan hak kepada Jajja Production Sdn Bhd untuk mengadaptasikan novel Jibam karya Ujang ke dalam bentuk filem yang menjalani pengambaran sekitar bulan April 2007 dan bakal menemui kaki-kaki wayang di Malaysia sekitar Disember 2007. Filem itu dikenali sebagai "Jibam The Movie."

Selain daripada itu, langkah-langkah giat ke arah menerbitkan Jibam sebagai sebuah animasi sedang dilakukan. Menurut laporan daripada sumber yang dipercayai, watak-watak animasi "Jibam" sedang dalam proses pembikinan oleh sebuah syarikat. Diharapkan "Jibam" akan meledakkan industri kartun dan komik di Malaysia pada suatu hari nanti dengan persembahan yang berwajahkan Malaysia.





aku budak minang (paling fevret nih)




Aca sambungan aku budak minang. (ni pon best)




Ujang no 1 tahun 1994









Banyak karya hasil lagenda kartunis malaysia ini yang menggunakan nama ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon yang tinggal di juasih, negeri sembilan.Antara koleksi majalah yang berjaya dihasilkan olehnya majalah gila-gila (kartun pertamanya Loose si tenggang), Aku budak minang, Aca, Intelligence Blues Club, dan Jibam (sambungan dari novel Jibam).Aku masih ingat buku berbentuk bibliografi berkartun Aku Budak Minang bewarna ungu kalernya. Legend gila buku tu.

Zaman kegemilangan Ujang adalah pada tahun 90-an, ketika mula-mula melukis untuk majalah gila-gila pada tahun 1984 dan meletak jawatan 10 tahun kemudian pada 1994.


Kemanakah ujang menghilang?

Itu antara soalan aku pada suatu hari ketika sedang asyik membaca bumper puasa ujang, dibelek-belek pada ruangan editorial sudah tiada lagi nama ujang di dalam majalah tersebut.Rupa-rupanya ada kisah di sebalik kehilangan ujang dalam industri kartun tanah air.

Setelah meletak jawatan melukis di majalah gila-gila, ujang menjadi pengarah pemasaran di kharisma pictures sdn bhd dan terbitnya majalah ujang.Dari keluaran pertama majalah ujang ketika itu yang bermaskotkan din beramboi (dibawa ujang dari majalah gila-gila) majalah ujang dapat dijual sebanyak 300,000 unit sebulan.


Pada masa itu juga allahyarham din beramboi telah ada di dunia hiburan kita dan oleh kerana ujang gagal mem'paten'kan hakcipta (copyright) terhadap maskot din beramboi, maka allahyarham din beramboi menang dan sebab itulah kita nampak sekarang maskotnya bukan bernama din beramboi tetapi pak cik din (pcd).


Pada tahun 1997, ujang keluar dari kharisma pictures dan menubuhkan syarikat sendiri iaitu Multi Tripple Vision sdn bhd dan menubuhkan majalah Varia Lawak. pas tu aku pun tak clear apa yang berlaku, dengar citer ada masalah copyright lagi dan terpaksa tukar nama majalah tersebut kepada lanun. Dan dengar cerita Ujang juga hilang segala copyrights terhadap semua kartunnya gara gara sign agreement tanpa membaca terlebih dahulu atas dasar pecaya pada kawan. sebenarnya Ujang ada baca draf agreement tersebut tapi kawannya batalkan draf dan tukar kepada yang lain tanpa pengetahuan ujang.

Setelah menandatangangi dan ditipu oleh kawan dari kharisma (yang kini sebagai MOY publications), segala watak-watak kartun didalam majalah ujang serta nama 'ujang' itu sendiri sudah bukan milik ujang.Sehingga itu lenyaplah legasi ujang dalam majalah ujang dan kartun-kartunnya seperti pak cik din, usop sontorian dan watak ujang itu sendiri.

Tidak terhenti disitu sahaja,pada 2006 ujang ingin membuat fiem 'jibam' iaitu salah satu daripada karyanya yang 'akan' dibintangi oleh jalil hamid dan khatijah tan.Tetapi malang ujang tidak lekang dari berbau dari situ setelah FINAS sudah meluluskan skrip timbul pula konflik antara penulis skrip, pangarah, produser, creative enterprise dan Ujang sendiri.

Walaupun begitu entah macam mana jika anda perasan sebelum ni kat TV2 hari Selasa pukul 8.30 malam ada drama Aku budak minang drama yang diadaptasikan dari kisah hidup kartunis Ujang.

Kisah ini memberi pengajaran kepada kita:
1.Jangan mengamalkan plagiarism KECUALI kebenaran pemilik
2.Sebarang perjanjian mestilah diteliti
3.Jangan MENIPU kerana ada balasannya nanti
4.Jangan terlalu percayakan seseorang walaupun orang itu sangat rapat dengan kita.
5.Hakciptakan karya anda dalam hal ini letak DISCLAIMER yang boleh memberi panduan.


Definisi "plagiarism"
"To steal ideas from one person" atau Ciplak.




----

sumber & terima kasih akumijae.com

Saturday, January 4, 2014

Sejarah Terowong Genting Sempah

Hari ini kami ingin menceritakan tentang terowong lebuh raya pertama di Malaysia.Terowong Genting Sempah Kuala Lumpur - Karak yang mengkaitkan beberapa cerita misteri.

Mungkin ramai di antara pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak yang sering melalui terowong ini tanpa mengetahui kisah sejarahnya. Marilah kita imbau kembali kenangan kira-kira 33 tahun yang lalu mengenai terowong yang pernah mencatat sejarah sebagai sebuah terowong lebuh raya pertama di Malaysia.

Pembukaan terowong dan sebahagian lebuh raya baharu Kuala Lumpur - Karak ini kepada lalu lintas telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Abdul Ghani Gilong, Menteri Kerjaraya Dan Kemudahan-Kemudahan Awam pada 07.01.1978.




Terowong jalan raya yang pertama di Malaysia ini terletak di genting Sempah, panjangnya kira-kira 3 000 kaki, ditebuk di tengah-tengah bukit dan hutan yang melintasi sempada negeri Selangor dan negeri Pahang berdekatan dengan persimpangan jalan lama ke Genting Highlands. Tingginya ialah kira-kira 2 000 kaki dari paras laut.

Tinggi terowong ialah 26 kaki dan lebarnya 32 kaki. Di sepanjang terowong diterangi oleh lampu-lampu berwarna merah muda dan sekiranya bekalan elektrik terputus, stanby generator akan bertugas secara otomatik.


YB Datuk Haji Abdul Ghani Gilong, Menteri Kerjaraya Dan Kemudahan-Kemudahan Awam sedang melihat sendiri Bilik Gerakan pemantauan terowong.


Para pengguna terowong ini tidak akan menghirup udara yang beracun seperti gas carbon monoxide atau gas-gas kotor yang lain kerana satu sistem di mana udara bersih dimasukkan ke dalam dan udara kotor dikeluarkan ada disediakan.




Selain dari itu, sistem mencegah dan memadam kebakaran juga dilengkapkan. Perkhidmatan telefon dan lain-lain kemudahan juga disediakan. Tanda-tanda isyarat lalu lintas dan kawalan yang cukup di dalam terowong disediakan dan sebagai tambahan sebuah sistem kawalan melalui televisyen (CCTV) telah dipasang dengan menggunakan dua buah kemera.

Telefon darurat untuk menghubungi pengawal-pengawal terowong juga turut disediakan. Kakitangan JKR bertugas secara 24 jam di bangunan terowong itu dan sekiranya berlaku kecemasan seperti kemalangan atau kebakaran, pengguna-pengguna terowong adalah diminta menghubungi mereka dengan menggunakan telefon-telefon yang disediakan di sepanjang terowong itu.




Dengan terbukanya terowong lebuh raya ini yang serba indah dan lengkap di Batu 23 jalan Kuala Lumpur - Bentong dan sebahagian jalan baharu, maka pengguna-pengguna jalan raya dari Batu 11 (Mimaland) hingga ke Batu 28, akan mengalami dan merasai satu perubahan yang sungguh selesa dan menyenangkan.

Mereka tidak lagi mengikuti jalan yang berbengkang-bengkok, tidak lagi menemui selekoh-selekoh yang merbahaya, pendeknya tidak lagi melalui jalan yang berliku atau berkelok-kelok.

Jalan raya dari Batu 11 dan Batu 28 dengan terowong yang terpanjang terletak di Batu 23, Genting Sempah, merupakan sebahagian dari rancangan kerajaan meningkatkan keadaan jalan raya di antara Kuala Lumpur dengan Karak.



Sebahagian daripada lebuh raya baharu Kuala Lumpur - Karak yang telah dibuka kepada pengguna jalan raya.


Projek lebuh raya Kuala Lumpur - Karak ini bermula di Batu 3, Jalan Pahang Kuala Lumpur hinggalah ke batu 54 di pekan Karak. Sungguhpun jarak lebuh raya baharu ini hanya dapat dikurangkan sejauh tujuh batu sahaja, namun perjalanan di lebuh raya baharu ini akan dapat dikurangkan sebanyak 45 minit dan dalam keadaan yang lebih selamat dan lebih selesa.

Pembukaan jalan dari Batu 11 hingga ke Batu 28 yang termasuk di dalam rancangan Seksyen 1, 2 dan 3 kini telah memendekkan jarak perjalanan kira-kira41/2 batu dan masa perjalanan dapat dikurangkan kira-kira 25 minit.

Bagaimanapun, kerana jalan raya itu ditebuk dan dibina di tengah-tengah bukit dan hutan belantara tebal, maka tentulah terdapat juga sedikit selekoh yang tajam dan pendakian bukit yang curam. Namun demikian jumlah selekoh dan pendakian yang begini telah dapat diminimumkan.

Tanda-tanda jalan, jalur pemisahan, kerlipan batu-batu isyarat di malam hari dan lain-lain tanda disediakan dengan secukupnya untuk memberi amaran kepada pemandu-pemandu. Lorong tambahan ada disediakan ketika mendaki bukit-bukit yang tinggi.



Pintu masuk terowong dari Negeri Pahang ke Kuala Lumpur. Kelihatan juga sebuah bas berwarna putih itu yang jika di zoom, jelas tertulis perkataan "Mara Ekspress".


Dengan keadaan ini maka para pengguna akan dapat memandu dengan lebih selesa, lebih cepat dan lebih selamat pada kelajuan 40 hingga 50 batu sejam.

Pemandu-pemandu kenderaan berat adalah dinasihatkan supaya mematuhi isyarat-isyarat lorong mendaki dan terus menggunakan lorong mendaki tambahan dengan seberapa segera dan pengguna-pengguna jalan yang lain haruslah berjaga-jaga sewaktu melalui tanda-tanda ini kerana kemungkinan pemandu-pemandu kenderaan berat akan mengambil semula lorong biasa mereka apabila saja mereka selesai menggunakan lorong tambahan tadi.

Oleh itu, memotong pada tempat-tempat ini adalah tidak digalakkan dan merbahaya.

Tegasnya, lebuh raya ini telah dibina dengan mutu kejuruteraan dan keselamatan yang paling tinggi dan sebarang cubaan untuk mencemar mutu ini adalah salah dari segi moral dan salah di sisi undang-undang.




Jumlah perbelanjaan keseluruhan projek ini adalah dianggarkan sebanyak $160 juta. Ini tremasuklah kos pembinaan, pengambilan balik tanah dan sebagainya. Fasa pertama projek ini mengandungi Seksyen 1, 2 dan 3. Seksyen 1 bermula di Batu 11 berhampiran dengan Mimaland dan berakhir di Batu 21.

Seksyen 2 bermula di Batu 21 hingga ke Batu 22. Seksyen 3 dari Batu 22 membawa ke Batu 28. Jalan dari Batu 22 ke Batu 28 telah dibuka pada 1 Julai 1977dengan satu jalan sementara dekat Batu 28. Jalan sementara ini akan diputuskan apabila kerja-kerja Seksyen 4, 5 dan 6, peringkat kedua disiapkan.

Tiga syarikat pemaju telah terlibat dalam pembinaan projek ini. Pemborong Seksyen 1 dan 3 ialah Syarikat Italian-Thai Development Corporation. Pemborong Seksyen 2 termasuk pembinaan terowong ialah Korea Development Corporation.

Pemborong Seksyen 4, 5, 6 dan 7 yang termasuk dalam peringkat kedua ialah Syarikat Sato Kogyo Co. Limited dari Jepun. Kerja-kerja sekyen yang lain dalam Projek Lebuh raya Kuala Lumpur - Karak ini dari Batu 28 hingga ke Batu 43 dijangka akan dapat disiapkan pada pertengahan tahun 1978.

Sumber