Andai anda masih ingat terdapat beberapa
kemalangan atau kecelakaan besar yang mengakibatkan kerugian yang banyak
suatu ketika dahulu dan menjadi sejarah buat dunia hari ini. Ini antara
10 kemalangan paling mahal di dunia..
1. Chernobyl ($200 Billion)
Pada April 1986 telah berlakunya malapetaka paling buruk di dalam
sejarah dunia moden. Letupan Reaktor Nuklear Chernobyl, ianya kemalangan
paling berkos tinggi di dunia. 50% kawasan Ukraine di Barat Russia
terpaksa dikosongkan. Lebih 1.7 juta manusia mendapat kesan dari
malapetaka ini, termasuklah mereka yang mendapat efek seperti kanser
disebabkan radiasi. Beberapa tahun kemudian, dianggarkan 125,000 orang.
Letupannya dianggarkan 400 kali lebih dahsyat dari bom yang dijatuhkan
di Hiroshima pada Perang Dunia Kedua. Kemalangan di Chernobyl ini,
menyebabkan prosedur dan standard keselamatan melibatkan Reaktor seluruh
dunia dirombak dan diberi kajian semula.
2. Space Shuttle Columbia ($13 Billion)
Masih anda ingat dengan kemalangan Kapal Angkasa Columbia? Ianya musnah
ketika memasuki ruang udara bumi selepas melakukan ekspedisi angkasa di
ISS pada 1 Februari 2003. Hasil penyiasatan menunjukkan kerosakan kecil
di bahagian pelindung haba di sayap kiri Columbia menyebabkan ianya
gagal menahan kesan suhu tinggi ketika memasuki ruang udara Texas akibat
kelajuan yang terlampau tinggi. Semua 7 anggota crew STS-107 tersebut
terbunuh. Kos membina Kapal Columbia yang berjumlah $2 bilion pada 1978
($6.3 billion jumlah kini). $500 juta dihabiskan utk tujuan penyiasatan
serta mencatatkan sejarah sebagai kos penyiasatan paling tinggi didunia.
3. Prestige Oil Spill ($12 Billion)
Pada 13 November 2002, Kapal yang dinamakan “The Prestige” membawa
77,000 tan minyak mentah dan kejadian bermula apabila 1 daripada 12
tangkinya meletup disambar kilat di perairan Galicia, Sepanyol. Akibat
risau kapal akan tenggelam menyebabkan kapten meminta pertolongan dari
pihak keselamatan Sepanyol untuk membawa kapal tersebut ke Pelabuhan
berdekatan, tetapi pihak keselamatan tidak menghiraukan pertolongan dari
kapten kapal The Prestige malah mengarahkan kapal itu keluar dari
perairan mereka. Kapten kapal telah memohon pertolongan dari pihak
keselamatan Perancis dan Portugal perkara sama juga terjadi. Laut
semakin bergelora dan kapal Prestige itu tidak dapat diselamatkan ianya
tenggelam ditelan laut menyebabkan 20 juta gelen minyak mentah
ditumpahkan ke laut. Kos keseluruhan pemulihan sehingga kini masih
dihitung dan dipercayai berjumlah $2.5 billion.
4. Challenger Explosion ($5.5 Billion)
Pada 28 Januari 1986, NASA melancarkan Misi Kapal Angkasa Challenger, 73
saat selepas pelancaran ianya meletup di ruang udara. Hasil
penyiasatan, ianya berlaku disebabkan faktor teknikal “faulty O-Ring”
dimana ianya gagal untuk melindungi satu bahagian penyambungan,
menyebabkan tekanan kepada Liquid Gas didalam tangki. Overload pada
tekanan gas menyebabkan ianya keluar dan berlaku letupan yang dahsyat.
Kos untuk menukarkan Space Shuttle tersebut, penyiasatan, pertukaran
kelengkapan telah memakan kos hampir $5 billion.
5. Piper Alpha Oil Rig ($3.4 Billion)
Hari terburuk dalam sejarah minyak dunia. Ketika itu Piper Alpha Oil
merupakan pengeluar minyak terbesar didunia dgn menghasilkan 317,000 per
tong sehari. Kebakaran Pelantar Minyak paling buruk pernah terjadi di
dunia ini terjadi pada 6 Julai 1988 kerja-kerja maintenance teknikal
oleh Jurutera melibatkan lebih 100 “tiub valve” yang menyalurkan gas
cecair. Kesilapan terjadi apabila salah seorang Technician terlupa untuk
menukar 1 daripadanya. Pada pukul 10 malam, operasi itu dimulakan
seperti biasa, apabila butang ditekan oleh pekerjanya, satu letupan
dahsyat yang merekodkan sejarah dunia terjadi. Dalam masa 2 jam
keseluruhan pelantar meletup dan terbakar menyebabkan 167 kehilangan
nyawa.
6. Exxon Valdez ($2.5 Billion)
Pada March 1989, Tumpahan lebih 10.8 juta gelen minyak di Teluk Prince
William yang hanya boleh diakses hanya dengan bot dan helikopter. Ianya
merupakan tumpahan minyak paling dahsyat dalam sejarah dunia moden. Kos
pemulihan melibatkan $2.5 Billion yang ditanggung oleh Exxon.
7. B-2 Bomber Crash ($1.4 Billion)
B-2 Stealth Bomber. Ianya merupakan Pesawat Pengebom US Airforce paling
mahal yang pernah dibina. The Spirit of Kansas ini pernah diterbangkan
selama 5,176 jam. Dua orang krew yang sedang mengendali pesawat
berkenaan terselamat sebelum ia terhempas. Kemalangan B-2 bomber berlaku
di Guam Airbase pada Februari 2008 sejurus sahaja ianya berlepas.
Pasukan penyiasatan membuat kesimpulan, ianya disebabkan oleh “Flight
Computer System” dimana data arahan secara tiba-tiba mengarahkan Pesawat
membuat “nose-up move” menyebabkan ianya hilang kawalan dan terjatuh.
Ianya melibatkan sebuah B-2 Bomber dari 21 buah yg pernah dibina oleh
US.
8. MetroLink Crash ($500 Juta)
Ianya berlaku pada 12 september 2008, jam 4.22 petang di daerah
Chatsworth, Los Angeles telah dicatatkan sebagai kejadian kemalangan
keretapi paling buruk di dalam sejarah California di mana 25 orang
terbunuh dan 135 yang lain cedera. Kejadian berlaku apabila keretapi
barang Union Pacific bertembung berhadapan dengan keretapi komuter
Metrolink. Keretapi Metrolink dipercayai melanggar isyarat merah sebelum
memasuki trek di mana keretapi barang berkenaan berada. Ianya berpunca
dari kesilapan konduktor yang cuai membalas SMS serta tersalah memasuki
laluan semasa pertukaran rail di Stesen California. Tindakan
undang-undang dijangkakan melibatkan nilai lebih $500 juta.
9. Tanker Truck vs Bridge ($358 Juta)
Pada 26 Ogos 2004 sebuah kereta berlanggar dengan sebuah lori tangki
yang membawa 32 ribu liter minyak di Whiethel Brigde di Jerman. Lori
tangki tersebut merempuh pagar dan terjatuh 100 kaki ke bawah Jambatan
Authobahn Highway menyebabkan letupan besar yang memusnahkan
“load-bearing” jambatan tersebut. Kerja2 sementara untuk membaiki
Jambatan ini melibatkan $40 Juta dan kos menukarkan jambatan $310 Juta.
10.Titanic ($150 Juta)
Karamnya Titanic mungkin tragedi yang paling terkenal di dunia,
Hollywood pernah menghasilkan filem dari kejadian ini. Pada jam 11:40
malam 14 April 1912, peninjau kapal ini mengesan sebuah aisberg yang
besar ketika berlayar di 400 batu ke selatan Grand Banks of
Newfoundland. Tragedi Titanic melanggar aisberg semasa membuat trip
percutian pertama mengorbankan 1500 hartawan. Kapal ini melibatkan kos
$7 Juta untuk dibina dan antara yg paling mewah dan mahal ketika
itu.($150 Juta Sekarang)
0 comments:
Post a Comment