Singgah Fanpage Official Kami!

Pastikan anda tidak tercicir walau sekeping gambar lawak disini :)

Sertai Affiliate Stylo! di iamstylo.com

Sistem affiliate iamstylo adalah berasaskan affiliate 3 tier. Jika anda membuat jualan dengan menggunakan affiliate link yang telah iamstylo berikan maka anda boleh memperolehi 5% daripada harga jualan ( tidak termasuk harga pos ).

ADS HERE ?

iklan anda ?

ADS HERE?

IKLAN ANDA ?

ADS HERE?

IKLAN ANDA?

Sunday, April 15, 2012

Malaysian Cyber Conference - Events MCC


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua pembaca HGL . DF mendapat email daripada salah seorang pembaca kami dimana pada 28 April 2012 ini akan berlansungnya Malaysian Cyber Conference atau lebih dikenali sebagai MCC yang bakal di adakan di Ipoh,Perak . Kami difahamkan pelbagai crew undergroud akan turut hadir memeriahkan majlis ini .. Mereka mendakwa , aktiviti seperti ini boleh merapatkan hubungan silaturahim antara crew yang lain dan berharap program seperti ini boleh mengembangkan lagi industri IT ini untuk terus maju . Semua Boleh Menyertainya !!

Kami difahamkan program ini terhad untuk 100 orang sahaja dan yuran pendaftaran RM 50 seorang . Jika anda 17 tahun kebawah , anda boleh membawa RM 40 sahaja .. Program ini berlansung pada jam 6.30 petang hingga 11.00 malam .


Cara pembayaran :

CIMB : Muhd Auzan Bin Azmi
020501 - 3475 - 4527

Sila scan slip pembayaran dan emailkan ke Support@df.my besertakan maklumat peribadi anda seperti :

Nama Penuh:
IC :
No Tel 1 :
No Tel 2 :
Alamat :
Status : Pekerjaan / Study

Tarik Tutup Pembayran : 21 April 2012

#kami boleh ambil anda di Stesyen Bas Medan Gopeng , Medan Kid dan Stesen Keretaapi jika anda menaiki kenderaan awam

*** maklumat selanjutkan akan anda perolehi selepas membuat pembayaran ..

Apa yang anda perolehi apabila menyertai program ini :

- Ilmu yang bermanfaat dalam dunia siber

- Pengetahuan dan Pemahaman yang meluas dalam dunia siber
- Sijil daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan
- Tempat duduk dan Makan di dalam program 
- Hubungan silaturahim lebih akrab 
- Sidikit cenderahati dari pihak Malaysian Cyber Conference
**dan banyak lagi jika ada pihak yang sudi untuk menaja kami !

---------------------------------------------------------------------------------

Aturcara Majlis Berlansung Bermula Jam 6.30 petang sehingga 11.00 malam

6.30 petang - 7.00 malam > Pendaftaran
7.00 malam - 7.30 malam > Persiapan solat maghrib / bacaan yassin
7.30 malam - 8.00 malam > Kata - kata aluan
8.00 malam - 10 . 00 malam > Pertunjukkan & Sesi soal jawab
10.00 malam - 11 . 00 malam > Games / Hiburan
11.00 malam > Majlis Bersurai

p/s : aturcara majlis boleh berubah mengikut kesesuaian keadaan ..

** Perhatian kepada anda yang ingin untuk membuat pertunjukkan , sila berikan nama anda serta tajuk pertunjukkan anda kepada kami ..

Sebarang Pertanyaan boleh emailkan ke : support@df.my

Anjuran :  Malaysian Cyber Conference



Sunday, April 1, 2012

Koleksi Lawak Panjang 1 !


Robin Hood, Zorro dan Orang Asli
Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik.
Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit… “I AM ZORRO… ..”
Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu. Dengan megahnye jugak… . si Robin Hood kata… “I AM ROBIN HOOD…”
Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu.
Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP… … … … .!!!! PPRRAAPP.
Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata…
“I AM SORRY… .!!”
Ibu Mertua
Alkisah ada seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga-tiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja.
Dia lalu memutuskan untuk menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu bermotor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu dan terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa berfikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya.
Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah, dan sehelai kertas bertulis “Dari ibu mertuamu”.
Giliran menantu kedua pula yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh dan terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian dan dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta.
Besoknya di depan rumah menantu kedua melihat terparkir Toyota Alphard, disertai sehelai kertas tercatat tulisan, “Dari ibu mertuamu”
Ketika giliran menantu ketiga diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air.
Seraya dia berkata, “Rasakan kau!”, sambil berputar membawa perahunya ke darat. Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, “Dari ayah mertuamu “
Telur Separuh Masak
Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.
Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata,
“beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu.”
Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.
“Telur ni untuk saya ke mak?”, tanya si anak.
“Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah
kau punye”, kata emaknya.
Interview Dengan Warna
Ali pegi interview kerja sebagai setiausaha.
Bila pengurus nampak dia dengan pakaian yang tak kena konsep dan juga rambut yang berwarna belang putih dan emas, dalam hati dia mula membentak;
“Argghhh! Orang macam ni pun ada!”. Tapi apa-apapun dia kena interview juga si Ali ni. Jadi dia pun tanyalah Ali,
“Kalau awak dapat buat ayat dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan perkataan yang saya bagi, saya rasa awak ada peluang untuk kerja ni! Perkataan-perkataannya ialah GREEN, PINK, YELLOW, BLUE, WHITE, PURPLE dan BLACK!”.
Jadi Ali pun berfikir sejenak dan kemudian menjawab… “I hear the phone GREEN, GREEN… GREEN… , then I go and PINK up the phone, I say YELLOW… BLUE’s that? WHITE did you say? Aiya… ! wrong number la… Don’t PURPLEy disturb people and don’t call BLACK, ok? Thank you.”
Lepas tu pengurus tu terus pengsan!

Saturday, March 31, 2012

LAWAK PANJANG : Tragedi Balik Kampung .



"Abang Ni, Pakai Tu Elok-Elok La Sikit," Kata Liza Lembut Sambil Membetulkan Pakaian Usin. 
Usin Tersenyum Memandang Isterinya. "Cantik Isteri Abang Hari Ni," Usin Mencubit Pipi Liza Lembut. 




"Ayah, Ayah, Cepat La Yah," Farah Dan Adi Meluru Masuk Ke Bilik Kerana Dah Tak Sabar-Sabar Nak Bertolak Pulang Ke Kampung. "Yelah, Yelah, Ayah Dah Siap Ni." 




Liza Hanya Tersenyum Melihat Suaminya Itu Melayan Karenah Anak-Anak Mereka Yang Comel Dan Manja. "Abang, Dah Lama Kita Tak Balik Kampung Macam Ni, Ye ?" "Iyelah, Maklumlah Abang Ni Sibuk Dengan Urusan Perniagaan. Baru Kali Ni Abang Ada Peluang Untuk Cuti Panjang." Usin Berkata Kepada Isterinya Tercinta. Perjalanan Daripada KL Ke Tangkak Mengambil Masa Lebih Kurang Empat Jam. Farah Dan Adi Dah Pun Terlelap Kat Kerusi Belakang. Begitu Juga Dengan Isterinya, Liza. "Tak Sabar Rasanya Nak Tiba Kat Kampung," Usin Berkata Dalam Hati. Sedikit Demi Sedikit Usin Menekan Minyak Keretanya. Semakin Lama Keretanya Semakin Laju Dan Usin Semakin Seronok. Usin Dah Tak Sabar Untuk Segera Sampai Ke Kampungnya.



 
Pedal Minyak Ditekannya Lagi Dan Honda Civicnya Mula Memecut. Usin Cilok Kiri, Cilok Kanan. Habis Semua Kenderaan Dipotongnya. Bangga Betul Usin Masa Tu. Terlupa Dia Sekejap Pada Anak Dan Isterinya Yang Sedang Tidur. "Eh Abang, Kenapa Bawa Laju Sangat Ni?" Tiba-Tiba Liza Terjaga Dari Tidurnya. "Tak Ada-Apa La Sayang, Rileks... Cepat Sikit Kita Sampai Kampung Nanti." "Sabar Bang, Sabar. Biar Lambat Tak Apa... Jangan Laju Sangat Bang, Liza Takut." Liza Cuba Memujuk Usin Supaya Memperlahankan Kenderaannya. "Rileks Liza...Tak Ada Apa-Apa," Usin Terus Memotong Bas Skspres Di Depannya Tanpa Was-Was. "Haaa... Kan, Tengok. Tak Ada Apa-Apa Kan?" Kata Usin Setelah Berjaya Memotong Bas Ekspres Tadi. "Sudah La Tu Bang." "Ha... Tu Ada Satu Lagi Bas Ekspres. Liza Tengok Abang Potong Dia Aaa....". Usin Terus Masuk Gear 3, Pedal Minyak Ditekannya Hingga Jejak Ke Lantai. Usin Terus Membelok Ke Kanan Untuk Memotong Dan.... Di Depannya Tersergam Sebuah Lori Balak Yang Besar Dan Gagah Dan..... BANG!! "Usin.... Bangun Sin," Sayup-Sayup Terdengar Suara Emaknya. Usin Membuka Matanya. Dia Terlihat Emaknya Di Situ. "Mana Liza Mak ? Macammana Dengan Liza Mak ? Farah, Adi.... Mana Anak-Anak Saya Mak ?" Bertubi-Tubi Usin Menyoal Emaknya. Usin Tak Dapat Menahan Kesedihannya Lagi. Usin Menangis Semahu-Mahunya Di Depan Emaknya. Emaknya Memandang Usin Tepat-Tepat. "Macamana Dengan Isteri Usin Mak, Liza?" Usin Masih Terus Menangis. 



PAANNNGGG!! Kepala Usin Yang Botak Itu Ditampar Oleh Emaknya Dengan Tiba-Tiba. Usin Terdiam. Kenapa Emaknya Buat Dia Macam Tu? "Banyak La Engkau Punya Isteri ! Keja Pun Pemalas Ada Hati Nak Berbini. Tu La, Tidur Lagi Senja-Senja Macam Ni ! Dah ! Bangun Pegi Sembahyang !" Emaknya Terus Merungut Sambil Berlalu Keluar.... ...Dan Usin Tersengih Keseorangan. Rasa Macam Nak Masuk Dalam Tin Biskut ! Malu Beb !! Sekian. 

Friday, March 30, 2012

LAWAK DEWASA : Kisah 2 Gadis Elak Dirogol.



Ada dua orang gadis. Salah satu dari mereka cara berfikirnya Matematik (M)
dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logikal (L). Mereka berdua
berjalan pulang melewati jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih
agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan…

M : Adakah kamu perasan ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti
kita kira-kira sejak tigapuluh lapan setengah minit yang lalu? Saya kuatir
dia bermaksud jahat.

L : Itu hal yang Logik. Dia ingin memperkosa kita.

M : Oh tidak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15
minit dia akan berhasil menangkap kita. Apa yang harus kita lakukan.

L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih
cepat.

M : Itu tidak banyak membantu, macammana ni.

L : Tentu saja ia tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat
dia juga akan mempercepatkan jalannya.

M : Lalu, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini
dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua setengah minit…

L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Kamu ikut jalan
yang ke kiri dan aku ikut jalan yang kekanan. sehingga dia tidak boleh
mengikuti kita berdua dan hanya salah seorang yang diikuti olehnya.

Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah
si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah
lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan sahabatnya.

Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.

M : Oh terima kasih Tuhan.. Sahabat saya tiba dengan selamat, Eh bagaimana
pengalamanmu diikut oleh lelaki tadi?

L : Setelah kita berpisah dia mengikuti aku.

M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan kamu?

L : Sesuai dengan logik saya langsung lari sekuat tenaga dan lelaki itupun
lari sekuat tenaga.

M : Dan… dan..

L : Sesuai dengan logik dia berhasil mendekati saya ditempat yang gelap…

M : Lalu.. Apa yang kamu lakukan?

L : Hanya ada satu logik yang dapat saya lakukan, iaitu mengangkat kain
saya..

M : Oh… Lalu apa yang dilakukan lelaki tadi?

L : Sesuai dengan logik… Dia menurunkan seluarnya…

M : Oh tidak… Lalu apa yang terjadi kemudian?

L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat
dari pada lelaki yang berlari sambil melorotkan seluarnya… So akhirnya
aku terlepas dari lelaki itu.

LAWAK DEWASA : Abu Murid Yang Bijak!





 Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu).
Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : “Apa sebenarnya masalah awak, Abu?”
Lalu Abu menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”


Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik.
Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.
Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36
Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, “Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6″, Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, “Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?”. Pengetua dan Abu bersetuju.
Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki
Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku
Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir dengan “A”, ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa
Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit?
Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab.
Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)
Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?
Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.
Abu: Bersalaman
Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu
Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.
Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.
Abu: KhemahCikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.
Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.
Abu: Cincin perkahwinan
Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.
Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.
Abu: Hidung
Cikgu Murni: Saya batang yang keras.. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah
Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay
Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and end in ‘K’ that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck
Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and ends in ‘K’ & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork
Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It’s longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname
Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart
Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata “Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah”.

p/s : Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning…..hehehe (^.~)

Thursday, March 29, 2012

Surat Lambat Datang Kerja Kepada Bos.



Kepada Boss......
Saya mohon maaf kerana hari nie saya terlambat lagi datang ke pejabat. Saya tau, termasuk hari nie, saya dah 10 kali lewat ke pejabat.
Sorry Boss....!!!

Saya tau sepatutnya saya masuk pejabat pukul 8:30 pagi. Tapi oleh kerana lewat, saaya terpaksa sampai di pejabat pukul 9:00 atau 10:00 pagi. Tapi percayalah Boss, saya bukan sengaja. Keadaan yang buat saya begini. Saya bangun awal Boss... Pukul 6:00 saya dah siap mandi dan pakai baju. Saya turun dari rumah saya pun awal jugak. Boss pun tahu saya hanya duduk   Seri Kembangan , dekat jer.....

Tapi Boss, bila sampai di pertengahan jalan...saya jadi pening Boss. saya percaya kalau Boss sendiri berada ditempat saya, Boss pun mesti sampai lewat jugak ke pejabat. Percayalah Boss, saya tak bohong. Kalau Boss nak tahu kenapa saya selalu lewat ke pejabat, meh sini, biar saya tunjukkan.......

Yang Benar,
Pekerjamu yang disayangi.......

p/s : harap Boss.....maafkan lah saya....yer......


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 

SEGMEN UNTUK BLOGGER : Saya Suka Fanpage HGL !



  Assalamualaikum semua. Kali ini Pihak HGL mahu membuat satu segmen untuk blogger sahaja dimana hampa semua perlu membuat satu entry khas untuk HGL. Apa yang hampa semua akan dapat ? Meh tengok meh :D


- Blog anda akan tersenarai di bloglist HGL.
- Entry anda akan di promote di wall post HGL sebanyak 1 kali.
- Iklan percuma di ruangan Iklan Slide Blog HGL selama 7 hari.


  Berminat ? tak berminat tak pa kami tak paksa pun. hehe. Tujuan kami buat ni adalah semata-mata nak cari membaca kami sendiri. Sambil-sambil tu kita berkongsi-kongsi kan :)
Syarat-syarat nak join segmen ni ? Jom Baca :-


- Hampa kena buat satu entry bertajuk 'SEGMEN BLOGGER : Saya Suka Fanpage HGL !' .
- Hampa kena ceritakan kenapa hampa suka fanpage HGL. link PAGE HGL .
- Hampa kena letak banner atas ni.
- Hampa tak payah nak tag sapa-sapa.
- Hampa kena masukkan blog HGL ni ke dalam bloglist hampa.


 Relax, Peace dan senang ja syarat-syarat. Pemenang ? pemenang dipilih berdasarkan entry yang mantap dan terbaik. Berapa orang pemenang ? tak tentu. Kalau ramai join, maka lebih lah . Segmen ni sekadar membantu traffik blog hampa dan membasuh blog hampa dari berhabuk saja. Tarikh Tutup : 10 April 2012 . Nice Join :D


List blogger yang dah join :-
1. -
2. -
3. -
4. -
5. -

TIPS : Cara-cara nak cover malu.

cara2 nak cover malu... .




1. kalo tersepak batu:
Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan trus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde org nampak..

2. kalo terjatuh beskal:
cepat2 naik beskal anda semula dan jatuhlah lagi sehingga berkali-kali supaya org ingat anda saje2 buat lawak...

3. kalo terjatuh tangga:
terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dgn makhluk halus...

4. kalo terjatuh dlm longkang:
pungutlah sampah yg ada sambil marah2 dgn suara yg kuat, pasti org menyangka anda seorang yg amat prihatin terhadap kebersihan...

6. kalo terjatuh di dpn bus stop:
terus buat2 pengsan sehingga ada org membantu anda..kalo takde..baring terus sampai mlm dan takde org lagi kt bus stop tu...haa... ni lah masa sesuai utk bangun semula... .

7. kalo jatuh tergelincir kt lantai licin:
tarik la kawan (atau sesiapa yg ada kt sebelah anda) utk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yg dpt malu... ye tak?...

 jika di tertawakan rakan ketika tertidur kt opis hngga meleleh air liur basi
terus bngn separuh sedar dan buat2 kna sawan, smbil keluarkn air liur lg.gerenti member korang akn panik dan berhenti ketawa.

kalau tersilap menyapa orang yg tdk dikenali
teruskn dia menganggap dia knal korang & bagi dia duit , kononnya korang pernah berhutang dgnnya.mesti dia mengaku korang kenalannya.

jika ditegur kerana zip seluar terbuka
jwb jea dgn selamba dgn mengatakn ini adalah gaya fesyen @ katakn zip rosak sambil berfalsafah "biar rosak zip, jngn rosak akhlak"

bercakap seorang diri disebabkn member tertnggal kat belakang
teruskan bercakap & ketawa sambil menyumpah member korang tu sensorang.tentu orng xkn gelak kerana menyangka korang ada masalh mental yg kronik.

tersilap masuk tandas wanita
buat2 wajah gelabah & cemas sambil berlakon menyatakn tujuan korang masuk coz nk cari isteri yg dh sejam dlm tndas dan x keluar2 dri tadi. 

Surat Untuk Awekku !


salam,

Amacam awekku?? Lu orait ka? Wa harap lu ok2 je.
Awek gua, gua tlh mbaca surat lu tempohari… Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua thadap lu bkn main.Lu ingat gua main2 ka? Cintan gua mdlm very deep you know! very deep purple! Lu tarak prasan ke?

Apa yg kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni x cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb.Mentang2 lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu. Mamat poyo tu lu nak? Apa barang? Kalo lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jd cikgu tp x dpt. Bkn pasal gua takde kelayakan tp tadika kemas jarang amik cikgu lelaki.Lagipun jiwa gua lbh kpd seni.Tiket konsert gua semua habis jual.Sbb tulah gua jd tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu x offer kat org lain.

Gua memang betul2 tak puas hati ni. Lu memang bikin gua panas.Sampai hati lu buat cam ni kat gua setelah apa yg gua dah kasik kat lu.Lu ingat gua ni apa?

Awekku, lu ingat x dulu sewaktu lu & gua first time jumpa. Masa tu hujan.. Lu takde payung.Lu lari pegi kat bus stop.Lu basah kuyup.Kesian pulak gua tgk lu kesejukan.Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama2 sudah feeling2.. Gua ingat lagi lagu "Do You Know Me" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu..Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public..Lu tak ingat ka? Ka lu dah lupa?!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo. Janganlah buat gua macamni.Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah.Janganlah krn besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua..Gua memang macamni, rocker sejati.Lu pun tau sapa gua..Dulu lu takdepun camni.. Lu tak kisahpun. Lu layan selamba je.. Tp nape skng lu berubah? Nampak je gua rocker tp gua pun beriman jugak, beb.Sembahyang x tinggal

Lu pikirlah sindri.Gua dah curahkan segala2 kat lu.. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu.. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai.. Gua buat modal nak kawin dengan lu.. Cayalah cakap gua. Gua tak tipu. Btl cakap lu.Gua harap lu pikirlah baik-baik, bhai.! Kalo 1 ari nanti gua jd rock star, lu jangan nyesal.. Gua dah takde awek lain lg. Lu sorang jelah yang gua cinta.. Awek lain gua usya diorg x layan gua cakap lu.! Gua x tipu.! Betul punya cakap lu

Akhirkata dr gua, kenang gua dlm doa makan malammu.. Sebelum gua bla, gua teringat lagu “runaway”.. Semoga lu berbahagia .

LAWAK DEWASA : Hantu SMS.

Seram



Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama jimmy.dia ni org johor�

Die ade awek name Julie.julie nih dok kt perlis..

Diorng nih xpnah jumpe sblom nih,juz msg n call aje...

Gamba pon diorng xpernah tengok sbb mereka hanya memakai nokia 3310i

Diorng da xthan nk jumpe sngat2�

Diorng pon berpakat akn berjumpe pada hari raye pertama..

Dan diorng brcdang utj berjumpe di rumah julie..

Julie telah beritahu keluarga dia yg jimmy akan dtng beraya kerumah mereka..

Pada seminggu sebelom hari raye,Julie terlibat dgn satu kemalangan..

Mayat julie selamat dikebumikan. .

Seluruh keluarga Julie sngt bersedih atas pemergian Julie..

Julie di dapati terkoban dalam kemalangan tersebut..

Akan tetapi,jimmy tidak mengetahui hal ini..

Kebetulan,hp jimmy rosak pada hari kematian Julie..

Sehari sebelum raya,bru lah hp die siap dibaiki�

Apabila hp da ok,jimmy terus msg Julie..

Mesej yg dihantar oleh jimmy tersebut semua di'reply'..

Pada hari yg ditetapkan,dgn alamat yg pernah diberi oleh Julie kpd jimmy..

Jimmy
bertolak dr johor pd subuh awl syawal,dan smpai di perlis pd ptng ari 2
juga dengan memandu kereta proton wira 1.6 kepunyaan kwn baiknya�

Bila smpai shj dirumah Julie,dia terus bagi salam dan memperkenalkan diri kepada ibu bapa Julie..

Ibu bapa Julie pon menyuruh jimmy duduk..

Mereka
perbualan dgn bertnya tntang diri jimmy..tetapi mata jimmy terjenguk2
kearah dapur dan bilik2 yg ade dirumah tersebut kot2 ade Julie keluar
atau menyorok dri dia..

Jimmy semakin tidak senang duduk..

Setelah lama berbual,jimmy pon tny pasal Julie kerana beliau tidak tahan nk berjumpa dgn Julie...

Ibubapa Julie menyarankan supaya jimmy banyak bersabar�

Jimmy semakin hairan,dan bertanya kepada ibubapa Julie,

"kenapa mak cik ngan pak cik??ape yg da berlaku pd Julie??"

"Julie telah meninggal dunia" kata ibu Julie..

Jimmy semakin kehairanan..

Jimmy bertanya"bila mak cik??sbb apa??"

Ibu bapa Julie pon menceritakan tentang hal kejadian..

Jimmy agak terkejut,Tetapi jimmy tidak percaya kerana beliau ade sms dgn Julie sebelum berangkat ke perlis

Jimmy pon tunjuk semua sms itu kpd ibu bapa Julie..

Setelah membaca dan melihat no telefon tersebut,ibu bapa Julie hairan kerana cara sms dan no telefon itu memng Julie yg punye�

Utk mendapatkan kepastian,ibu bapa Julie bawak jimmy ke tnah perkuburan Julie..

Jimmy maish x berpuas ati dan mengorek kubur Julie�

Memng betol Julie sudah mati dan berada didalm kubur tersebut..

Jimmy semakin hairan dan ketakutan�

Sebelum
julie meninggal,julie telah berpesan kpd org tua die supaya kalo dia
mati,tnm skali hp die sbb die terlalu syg kt hp nih..

Ibu bapa Julie turut menceritakan hal ini kepada jimmy..

Jimmy pon cuba sms Julie didepan ibu bapa Julie,

"awk ngah wat pe??"

Tidak
lma kemudian,hp jimmy berbunyi dan ade satu sms diterima,apabila buka
shj sms tersebut,kesemua mereka terkejut beruk kerana sms itu dibalas
oleh Julie dan sms tersebut berbunyi

"xde wat papepon..awk da smpai ke??"

Jimmy semakin panic dan membalas "ibu bapa awk kata awk da MATI??"

Dan Julie pon balas "memng sy da meninggal..."

Jimmy cuba beranikan dri dan membalas semula sms tersebut dgn "ABES 2,MCM MANE AWK BOLEH BALAS SEMUA SMS SY??"

Tidak lama kemudian,hp jimmy pon berbunyi lg..

Kesemua mereka menjadi semakin panik,takut dan mcm bermain difikiran mereka semasa jimmy hendak membaca sms tersebut..

Apabila mereka baca sms tersebut,mereka jd terkejut BEROK & kehairanan n terpinga-pinga�

Kerana sms etrsebut berbunyi

"DIGI ADA DIMANA-MANA"�