Singgah Fanpage Official Kami!

Pastikan anda tidak tercicir walau sekeping gambar lawak disini :)

Sertai Affiliate Stylo! di iamstylo.com

Sistem affiliate iamstylo adalah berasaskan affiliate 3 tier. Jika anda membuat jualan dengan menggunakan affiliate link yang telah iamstylo berikan maka anda boleh memperolehi 5% daripada harga jualan ( tidak termasuk harga pos ).

ADS HERE ?

iklan anda ?

ADS HERE?

IKLAN ANDA ?

ADS HERE?

IKLAN ANDA?

Thursday, June 27, 2013

GEMPAR ! LELAKI SUMPAH DIA BERJAYA TANGKAP ALIEN DAN DISIMPAN DALAM RUMAH DI CHINA (15 GAMBAR)




Nampak agak palsu tetapi ramai orang di dunia ini percaya dengan apa yang dia katakan.
Apa kata korang pula? Percaya ke?





























































































Sumber

11 Fakta Menarik Mengenai Hitler

1. Hitler adalah seorang yang sangat menjaga maruahnya, apabila beliau mandi,tidak boleh sesiapa pun melihat beliau mandi apatah lagi apabila beliau berbogel. Beliau juga tidak gemar memakai pewangi di badannya.

2. Dengan kod etika ketenteraan yang menebal dalam jiwa Hitler, Hitler tidak pernah menanggalkan kotnya di depan orang awam walau apa pun berlaku.

3. Pada 1923, Dr. Sedgwick iaitu Penasihat Akhbar kepada Hitler menasihatkan beliau untuk membuang gaya misai kontot. Hitler dengan nada selamba menjawab,

“Jangan risau tentang misaiku ini,jika sekarang bukan trend fesyen, ia akan menyusul kemudian hari kerana disebabkan aku mengayakannya.”

4. Hitler adalah pemidato terbaik yang pernah dilahirkan di muka bumi. Setiap syarahan beliau akan memukau jutaan orang yang datang menyaksikannya. Tiada siapa dapat menandingi beliau pada masa itu termasuk pemimpin daripada negara-negara musuh. Hitler gemar menggunakan pelbagai gaya untuk memeriahkan ceramah beliau seperti memerli perkataan ‘Say Heii’ yang selalu digunakan oleh cheerleader di Amerika Syarikat. Seluruh penonton ketawa dan teruja sepanjang ceramah beliau.

5. Hitler adalah satu-satunya pemimpin pada WWII yang mengamalkan budaya makanan yang sihat. Beliau adalah seorang Vageterian, tidak minum arak serta merokok. Miskipun usia beliau pada ketika WWII boleh dikatakan sudah melebihi 50-an,tubuh beliau tetap mantap dan terampil. Berbeza dengan pemimpin Britain, Winston Churcill dan pemimpin Russia, Joseph Stalin.!

Meskipun berumur lewat 50-an, beliau masih kelihatan segak dan aktif

6. Hitler adalah seorang yang bergitu mengagumi ISLAM, dalam satu petikan ucapannya, beliau berkata:

“You see, it’s been our misfortune to have the wrong religion. Why didn’t we have the religion of the Japanese, who regard sacrifice for the Fatherland as the highest good? The Mohammedan religion too would have been much more compatible to us than Christianity. Why did it have to be Christianity with its meekness and flabbiness….”

Hubungan Hitler dengan Mufti daripada Palestin, Sheikh Hj. Amin al-Husaini adalah tersangat akrab. Beliau juga menubuhkan satu divisen khas bagi umat Islam iaitu Batalion Hadzar yang berkhidmat di rantau Balkan.

7. Meskipun dikutuk oleh banyak media Yahudi yang menceritakan profil kehidupan awal Hitler yang dikatakan sebagai seorang budak dungu dan lembap, beliau sebenarnya memiliki IQ setinggi 141,hampir setaraf dengan Albert Eistein.!

8. Hitler pada penghujung usianya iaitu ketika 56 tahun mengalami penyakit yang biasa bagi seorang tentera iaitu Parkinson. Dikatakan, rakaman beliau yang terakhir ketika mengadakan kawad cam untuk Hitler Youth di Berlin melihatkan tangan kiri beliau yang terketar-ketar.

9. Hitler adalah seorang yang penyayang. Meskipun media Yahudi selalu melabelkan Hitler sebagai seorang yang layak digelar Iblis adalah seorang yang bergitu menyayangi binatang terutamanya anjing dan kucing. Semasa WWI(perang dunia pertama) menjumpai anjing yang digelar Little Fox. Hitler mengajar Little Fox dengan pelbagai teknik bagi menghiburkan rakan askarnya yang lain. Ketika Little Fox hilang seperti seorang hilang semangat dan murung buat beberapa ketika.

Hitler dirakam memberi makan kepada seekor anak rusa. Tidak adil jikalau mengadili Hitler sebagai Penjahat sepanjang zaman kerana ramai lagi pemimpin lain yang kejam lagi zalim. Malahan kejadian Holocoust masih boleh dipertikai.

Dan normal bagi setiap peperangan, mesti akan melibatkan nyawa. Jadi tidak adil kalau dikatakan Hitler ini seorang pembunuh kerana pemimpin negara lain seperti Britain,Russia, dan Amerika Syarikat juga menyebabkan banyak nyawa melayang. Malah Amerika Syarikat menyebabkan Bandar Hiroshima dan Nagasaki hancur lebur disebabkan bom Atom.!

10. Hitler adalah seorang yang pandai melukis. Masa lapang beliau diisi dengan melukis pelbagai pemandangan. Selain itu, tulisan tangan Hitler adalah bergitu cantik seperti feminine. Seorang psikologi bernama Carl Jung menyatakan:

11. Tinggi Hitler adalah 179cm atau 5 kaki 8 inci. Beliau tidaklah sekecil mana seperti yang digembar-gemburkan oleh majalah-majalah dan media-media Yahudi.

Sumber

Tuesday, June 25, 2013

9 Jenis Sihir Yang Perlu Diketahui.



1. Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri):

Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.

2. Al-Mahabbah:

Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.

3. Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal):

Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.

4. Al-Junun (menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul):

Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.

5. Al-Khumul:

Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.

6. Al-Hawatif:

Sihir ini membuat seseorang itu mengalami mimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi dan mendengar suara bercakap ketika berjaga. Banyak waswas dan mereka yang terkena sihir ini banyak syak wasangka dengan orang yang rapat atau disayangi.


7. Al-Marad (sakit):
Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.

8. Nazif:

Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan hingga berbulan-bulan.

9. Ta’til tawaj:

Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat

5 ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA 2013



Menurut Majalah Niaga dot com 5 orang Melayu terkaya di Malaysia masih didahului oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang menguasai pelbagai industri di Malaysia. Orang Kedah dan merupakan pengasas Yayasan Albukhary. Dalam senarai keseluruhan merupakan orang ke-8 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 2.75 bilion



Tempat kedua pula ialah Shahril & Shahriman Shamsuddin. Kedua adik-beradik ini menjalankan perniagaan dalam industri gas dan petroleum. Merupakan CEO dan Presiden Sapura Kencana manakala adik beliau merupakan lembaga pengarah syarikat tersebut. Merupakan orang ke-12 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 1.05 bilion



Datuk Mokhzani Mahathir, anak kedua Tun Mahathir Mohamad adalah yang ketiga Melayu terkaya yang menjalankan perniagaan dalam industri Gas dan Petroleum. Merupakan Naib Pengerusi Eksekutif di Sapura Kencana dan orang ke-15 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 980 juta.

Juga orang Kedah… ramai benar orang Kedah kaya raya!


Tan Sri Azman Hashim adalah Melayu keempat terkaya di Malaysia merupakan antara tokoh industri perbankan Melayu yang paling berjaya di Malaysia. Merupakan Pengerusi Ambank Group yang merupakan bank ke-5 terbesar di Malaysia dan orang ke-17 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 810 juta.


Datuk Kamarudin Meranun adalah orang Melayu kelima terkaya di Malaysia merupakan tokoh terkemuka dan antara pemegang saham serta pengasas bersama dalam syarikat penerbangan Air Asia. Adalah rakan kongsi kepada Tony Fernandes, beliau juga adalah Timbalan Pengarah Eksekutif Air Asia Berhad sejak Disember 2001. Merupakan orang ke-20 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 635 juta.

Monday, June 24, 2013

INFO : 7 Mitos Fakta Sains Yang Perlu Kita Ketahui.



1. Tidak ada graviti di luar angkasa

Sebenarnya terdapat daya graviti di luar angkasa. Sebab mengapa angkasawan terapung di luar angkasa adalah kerana mereka sedang mengorbit bumi. Mereka jatuh ke Bumi tetapi bergerak ke sisi untuk menghindarinya. Oleh itu, secara teknikalnya mereka selalu jatuh tetapi tak pernah mendarat. Graviti terdapat di seluruh luar angkasa secara virtual (tak dapat dirasakan). Ketika sebuah pesawat ulang alik mencapai ketinggian orbit (Sekitar 250 batu di atas permukaan Bumi), graviti hanya berkurang10%.

2. Petir tidak menyambar tempat yang sama dua kali

Petir boleh menyambar tempat yang sama lebih dari sekali. Petir lebih memilih tempat-tempat tertentu seperti pokok yang tinggi atau bangunan. Di kawasan lapang yang luas, objek yang paling tinggi mempunyai kemungkinan besar disambar beberapa kali sehingga petir berpindah jauh untuk mencari sasaran baru. Empire State Building disambar petir lebih 25 kali setahun.

3. Meteor menjadi panas kerana geseran dengan udara di atmosfera

Ketika sebuah meteoroid memasuki atmosfera bumi (menjadi meteor), sebenarnya kelajuan yang memadatkan udara di depan objek yang menyebabkan objek tersebut menjadi panas sehingga kelihatan bersinar jika dilihat dari bumi. Mitos tentang meteor panas ketika tiba di permukaan bumi menjadi meteorit juga adalah salah. Meteorit biasanya sejuk ketika tiba di daratan – dan faktanya sering ditemui dilapisi ais. Hal ini kerana batu tersebut sangat sejuk dari perjalanannya melintasi ruang angkasa sehingga suhu panas ketika memasuki atmosfera bumi belum cukup untuk membakar lapisan terluarnya.

4. Syiling yang dijatuhkan dari tempat yang tinggi mampu membunuh manusia di bawah

Mitos ini sangat umum sehingga menjadi adegan di beberapa filem. Mitosnya adalah apabila anda menjatuhkan syiling dari puncak bangunan tinggi (seperti Empire State Building), syiling ini akan memperolehi kelajuan yang boleh membunuh seseorang jika terkena manusia di darat. Tapi faktanya adalah, aerodinamik sebuah syiling tidak cukup untuk membuatnya berbahaya. Apa yang akan terjadi adalah orang yang terkena syiling tersebut hanya merasa seperti diketuk kepalanya – tentunya mereka selamat dari kejadian tersebut.

5. Terdapat sisi yang sentiasa gelap di bulan

Sebenarnya, setiap bahagian bulan disinari oleh cahaya matahari pada masa tertentu. Salah faham ini muncul kerana ‘sisi tergelap’ bulan tidak pernah kelihatan dari bumi. Ini disebabkan oleh penguncian gelombang (locking wave); tarikan graviti bumi terhadap bulan sangat kuat sehingga bulan hanya menampakkan satu sisi sahaja kearah bumi.

6. Makanan yang jatuh ke lantai masih bersih untuk dimakan dalam masa lima saat

Fakta ini tidak masuk akal . Jika terdapat kuman di lantai dan makanan mendarat di atasnya, maka bakteria akan hinggap di makanan tersebut. Memakan kuman dan kotoran tidak semestinya membawa padah kerana mereka membantu kita membina sistem kekebalan tubuh yang kuat. ( Hal ini sebenarnya membenarkan apa yang terdapat dalam hadis Nabi s.a.w: Dari Anas r.a bahawa ia berkata:

“Dahulu apabila Rasulullah saw selesai makan, beliau menjilati ketiga jarinya seraya bersabda: “Apabila suapan( makanan) salah seorang dari kalian terjatuh, hendaklah ia membersihkannya dan memakannya. Jangan biarkan makanan itu di makan syaitan! Juga, hendaknya kalian membersihkan sisa makanan yang berada di pinggan. Sebab, kamu tidak tahu pada bahagian mana dari makanan kamu yang mengandungi keberkatan”.
H/R Ahmad dan Muslim
(Subhanallah…)

7. Badan manusia berkecai jika diletakkan di ruang angkasa

Mitos ini adalah hasil dari filem-filem sains fiksyen. Faktanya, manusia dapat bertahan 15 – 30 saat di luar angkasa jika mereka menghembuskan nafas sebelum terpapar tanpa udara (ini mencegah paru-paru meletup dan menghantar udara ke pembuluh darah). Setelah 15 ke 30 saat, kekurangan oksigen menyebabkan pengsan yang membawa kepada kematian kerana kehabisan nafas.
Wallahualam…
Sumber:
  1. http://www.lamankongsi.com/2012/02/7-mitos-sains-yang-tidak-tepat.html
  2. http://ridzuanishak.blogspot.com/p/cara-makan-dan-beberapa-jenis-makanan.html