Aku tertarik untuk menulis mengenai Pulau Sebatik kali ini kerana terdapat keunikan dari aspek status pemilikannya. Pulau seluas km persegi ini terbelah di tengah-tengah oleh sempadan antarabangsa dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Bagaimana boleh terjadi demikian - mesti ada ceritanya.
Keluasan keseluruhan Pulau Sebatik ialah 452.2 km persegi manakala keluasan Pulau Sebatik yang termasuk dalam wilayah Malaysia ialah 204.7 km persegi. Bagaimanapun jumlah penduduk di wilayah Malaysia hanya 25,000 sahaja berbanding dengan wilayah Indonesia seramai 80,000 orang - lebih 3 kali ganda.
Jarak Pulau Sebatik dari Tawau hanya 8 km sahaja dan dipisahkan oleh Telok Cowie. Perjalanan menaiki bot hanya mengambil masa 20 minit sahaja dari jeti Tawau ke jeti Kampung Sungai Tongkang.
Menulis perkataan Telok Cowie, teringat aku tentang satu tragedi kemalangan sebuah pesawat Caribou TUDM dalam tahun 1970 yang mengorbankan 11 orang termasuk juruterbangnya. Hampir kesemua penumpang yang terkorban adalah anggota tentera darat.
Sukar untuk mendapat maklumat mengenai Pulau Sebatik sebelah Malaysia. Aku menyusuri websait dan blog-blog berkaitan dengan Pulau Sebatik, kebanyakannya ditulis oleh rakyat Indonesia. Disamping cerita berkaitan semangat keIndonesiaan khususnya yang melibatkan isu persempadanan, pemilikan perairan dan pulau-pulau sekitar sebelah Kalimantan Timur.
Tetapi kebanyakan suara rakyat Indonesia, merasakan kekecewaan mereka kerana Pulau Sebatik telah terpinggir dari arus pembangunan Indonesia. Mereka seperti dianaktirikan oleh kerajaan Indonesia. Rata-rata mereka memuji keprihatinan Kerajaan Malaysia mengenai pembangunan rakyatnya. Malah ekonomi rakyat Indonesia di Pulau Sebatik adalah bergantung berat ke arah Malaysia. Hasil mahsul pertanian dan perikanan mereka dijual ke Malaysia (khususnya Tawau) dan mereka mendapat bekalan barang keperluan harian dari bandar Tawau. Malahan kata mereka harga barangan di Malaysia jauh lebih murah dari di Indonesia. Matawang RM diterima secara meluas di wilayah Indonesia.
Kampong Bergosong
Jeti Kg Bergosong
Masjid al Khairat Kg Bergosong
Jeti Kg Bergosong
Masjid al Khairat Kg Bergosong
Kampung Sungai Melayu
(gambar rumah milik warga Indonesia yang telah menetap di Malaysia)
ladang kelapa sawit dalam wilayah Malaysia
ladang kelapa sawit dalam wilayah Malaysia
Penduduk Indonesia banyak bertumpu di sempadan Malaysia. Walaupun terdapat batu penanda sempadan di sepanjang sempadan negara, ia tidak diberatkan. Ada rumah rakyat Indonesia yang anjungnya di wilayah Indinesia, dapur dan bilik airnya di wilayah Sabah. Ramai penduduk Indonesia mengusahakan tanah di Malaysia dengan cara sewaan. Katanya harga tanah di Indonesia kira-kira 10 juta Rupiah (sehektar, manakala di Malaysia mereka boleh menyewa hanya RM100 sahaja (Rp280,000) untuk ukuran tanah 9 x 17 meter.
Dari aspek pembangunan, diberitakan wujud perbezaan pembangunan prasarana yg amat ketara di antara dua wilayah. Malah sarjana Indionesia dalam kajian mereka telah melahirkan kebimbangan atau kekhuatiran jika Kerajaan Indonesia terus menerus tidak mengambil berat ke atas pembangunan ekonomi di Pulau Sebatik, mereka mungkin mahu menjadi sebahagian dari wilayah Malaysia kerana mahukan kehidupan yang lebih makmur.
Pulau Sebatik
Luas keseluruhan pulau ini ialah 452.2 km persegi dan keluasan wilayah Indonesia ialah 247.5 km persegi manakala sebelah Malaysia luasnya 204.7 km persegi. Sebelah utara pantai Sebatik ialah Teluk Tawau (dulu dikenali sebagai Cowie Bay) yang jaraknya 8 km dari Tawau manakala sebelah selatan menghadap Teluk Sebuku. Jarak terdekat dengan tanah besar Kalimantan hanya 1 km sahaja.
Jumlah penduduk Pulau Sebatik ialah 18,000 orang dimana hanya 5,000 di wilayah Malaysia yang menduduki 10 buah kampong.
Demarkasi sempadan antarabangsa Malaysia/Indonesia yang lurus pada garisan lintang 4' 10" Utara berakhir di sebelah pantai timur Pulau Sebatik. Di hujung pantai sebelah timur ini terletak pulau kecil bernama Batu Unarang (dalam wilayah blok perairan Ambalat) yang hakmiliknya kini (belum jelas) menjadi rebutan antara Malaysia dan Indonesia sejak tahun 2005. Dikatakan blok Ambalat ini kaya dengan simpanan hasil petroleum.
Sepanjang sempadan kedua-dua negara hanya ditandai oleh 'batu penanda' setiap jarak satu kilometer dari barat ketimur. Tiada pagar atau kawat duri direntang, tiada tembok, tiada pejabat kastam atau imigresyen. Yang unik sekali ialah kedudukan rumah-rumah d sempadan kedua negara. Anjung dan ruang tamu di negara Indonesia manakala bilik tidur dan dapur berada dalam negara Malaysia. Pihak Indonesia dan Malaysia hanya meletakkan pos kawalan tentera di tepi pantai penghujung pulau untuk menunjukkan 'interest' pemilikan wilayah. Walaupun nampaknya begitu mudah dan sedap didengar, ada juga rakyat Malaysia yang ditangkap kerana berada di dalam wilayah Indonesia tanpa dokumen. Pada masa yang sama rakyat Indonesia bebas keluar masuk berkerja dan berkebun di wilayah Indonesia tanpa gangguan. Malah mereka memiliki dan mengusahakan tanah di wiayah Malaysia.
salah satu pos kawalan sempadan pihak Indonesia. Wilayah Malaysia dibelakang rumah tu je
lagi pos kawalan TNI
TNI-AL sentiasa aktif memantau sempadan mereka
Info yang menarik..
ReplyDeleteElok tukar nama pulau malindo.
ReplyDeleteSalam, saya dah lama sedar tentang Pulau Sebatik, pulau yang unik. Tapi sayang sangat minim info tentang pulau ini dalam media Malaysia. Hampir semua info tentang Sebatik datang dari Indonesia. Ketika pelancaran buku "Ke Pulau Sebatik", penulis buku itu ditanya oleh seorang pemimpin besar negara "dimana Pulau Sebatik?". Bayangkan, pemimpin peringkat pusat sendiri tak tahu tentang kewujudannya.
ReplyDeleteSaat ini, membandingkan Sebatik dengan Tawau memang bagaikan langit dengan bumi. Tapi cuba kita bandingkan bahagian Sebatik milik kita dengan Sebatik sebelah Indonesia di bahagian selatan, Nanti kita dapat lihat betapa bahagian selatan jauh lebih maju. Sudah wujud petempatan bertaraf pekan di sana, lengkap dengan pasaraya, bank, klinik dan hotel murah. Lihat, mereka berjaya menggerakkan ekonomi walaupun semua produk di sana adalah produk Malaysia. Bagaimana Sebatik Malaysia?, Sebatik kita hanya sebuah kampung yang aman.
Ketika ini, warga Indonesia di Pulau Sebatik sentiasa mengeluh kerana jauh tertinggal dari Tawau di tanah besar, padahal mereka tahu mereka lebih maju dari wilayah Malaysia di satu pulau yang sama di sebelah utara.
Ketika ini, sedang berlangsung proses pembentukan negeri baru (provinsi) yang dipanggil Kalimantan Utara, pecahan dari Kalimantan Timur. Bila ia terlaksana nanti, Sebatik wilayah Indonesia bakal dinaik taraf menjadi sebuah daerah (kabupaten) yang nanti bakal disusuli pejabat-pejabat kerajaan yang sesuai dengan tarafnya sebagai sebuah daerah. Bila itu terlaksana nanti, saksikanlah, Sebatik kita bakal makin tenggelam dan jauh tertinggal. Penduduk Malaysia di Sebatik bakal terus seberang laut untuk ke Tawau, atau jangan-jangan berpusu-pusu ke pekan di selatan untuk berbelanja.