BEIJING - Laut di
sekitar China dipenuhi alga apabila tumbuhan tersebut memenuhi pantai selepas
ia dibawa oleh ombak di perairan Laut Kuning, kata beberapa pegawai laut.
Beberapa gambar
menunjukkan pengunjung pantai berenang dan bermain dalam arus berwarna hijau di
timur Qingdao, wilayah Shandong.
Beberapa jentolak
turut digunakan untuk memindahkan bertan-tan alga tersebut dari kawasan pantai.
Pentadbiran Lautan
China di laman webnya menyatakan bahawa alga yang dikenali sebagai enteromorpha
prolifera itu muncul pada minggu lalu.
Ia menular ke
kawasan seluas 28,900 kilometer (km) persegi, sekali gus menjadi fenomena alga
terbesar di negara itu setakat ini.
Rekod tumbuhan alga
terbesar sebelum ini dicatatkan pada tahun 2008 yang meliputi kawasan sekitar 13,000km
persegi.
Agensi berita Xinhua melaporkan, sejumlah pegawai di Qingdao telah memindahkan sekitar 7,335 tan alga.
0 comments:
Post a Comment