1. ETNIK TUPINAMBA
Pada tahun 1492 Christopher Columbus telah menemui pulau ini. Penduduk di sini dalam keadaan separuh bogel dan mereka adalah kanibal. Etnik yg berasal dari AMerika Selatan yg tinggal di sekitar Brazil, Paraguay dan Argentina ini dikenali sebagai Tupinamba. Mereka akan makan tawanan perang sebagai tindakan membalas dendam ke atas kematian keluarga mereka. Adat mereka ini diamalkan hingga awal abad ke 17 sebelum etnik ini hilang selepas kemasukan warga Eropah.
2. ETNIK WARI
Etnik Wari akan melakukan ritual kanibal semasa berlakunya peperangan dan pemakaman. Mereka terus melakukan ritual ini hingga tahun 1960an. Etnik ini akan makan mayat yang dah mati untuk menunjukkan kekuasaan kepada etnik lain. Memakan anggota mayat semasa ritual kematian dianggap bersimpati dan bersedih dengan kematian itu.
3. ETNIK MAORI
Etnik Maori merupakan pendatang pertama yang sampai ke Selandia Baru. Mereka mengamalkan kanibalisme semasa peperangan. Pada Oktober 1809, Kapal Narapidana Eropah diserang sekumpulan besar etnik mouri yang ingin membalas dendam terhadap kematian anak kepada suku mereka. mereka membunuh sebagaian besar dari 66 anak kapal tersebut dan membawa mayat orang terbunuh itu ke pantai dengan perahu untuk dimakan.
4.ETNIK KULINA
Ocelio Alves de Carvalho, 19, seorang petani ditemui keluarganya dalam keadaan tragis. Carvalho diseksa dan di bunuh serta terkoraknye digantung di atas pokok di Gunung Amazon. Saksi mengatakan bahawa semasa kejadian Calvarho sedang mengembala lembunya dan didekati sekumpulan etnik Kulina dan sejak itu, beliau tak kelihatan lagi. Siasatan dijalankan dan didapati Calvarho diseksa, dibunuh dan organ dalamannya seperti jantung dan hati serta pahanya dimakan oleh etnik ini
5. SUKU BATAK
Jika hukuman mati telah ditetapkan, tawanan direbahkan pada datar, seperti meja makan. Biasanya tawanan memiliki ilmu hitam, seorang tukang pancung berpakaian adat yg lengkap, mula-mula beliau akan menyayat lengan tawanan dengan pisau kecil dan menyiramnya dengan perahan air limau. semasa tawanan menjerit-jerit kesakitan, bermaksud ilmunya telah hilang. Lepas itu, tawanan dibedah hidup-hidup, diiringi dengan sorak-sorai. Perutnya di belah & isinya dikeluarkan dan dibahagikan kepada penduduk untuk dimakan.
6. Revolutionary United Front ( RUF )
RUF merupakan sebuah organisasi revolusi di Sierra Leone, Afrika Barat. Pada akhir 1990, diorang telah melakukan rusuhan dan membunuh ramai orang untuk menjatuhkan kerajaan. RUF bertekad menjadi pengganas dengan memaksa kanak-kanak menjadi tentera. Diorang tak takut untuk membunuh sesiapa sahaja yang nak menghalang niat mereka termasuklah pendamai atau Wakil PBB. Mereka akan membunuh dan makan tubuh mangsa mereka. Hingga sekarang tiada angka sebenar berapa orang yg terkorban dan mayat yang disantap mereka.
7. Anggota Pasukan Rugby, Sekolah Stella Maris, Uruguay
Pada 13 Oktober 1972, pasukan rugby Sekolah Stella Maris membuat perjalanan dari Justify Full Montevideo, Uruguay untuk bermain di Santiago, Chile. Akibat cuaca buruk, pesawat yang membawa 45 orang ini terhempas kat puncak gunung di sempadan Chile dan Argentina. Pasukan penyelamat menjalankan operasi mencari dan menyelamat selama 11 hari tanpa sebarang hasil dan menganggap semuanya mati. Tapi kesimpulannya silap apabila ahli pasukan itu yang terselamat tinggal kat atas gunung tu selama dua bulan. Akibat tiada makanan kat atas gunung tu, mereka makan mayat kawan mereka yang telah mati. Kejadian ini telah difilemkan
8. MOHINDER SINGH dan Tukang
masaknya, SURENDRA KOLI
Pada 30 Disember 2006, pihak berkuasa menemui tengkorak-tengkorak milik 19 orang yang terdiri daripada 4 perempuan, empat kanak-kanak lelaki dan 11 kanak-kanak perempuan di Nathari, New Delhi iaitu di kawasan milik Moninder Singh Pandher. Moninder Singh Pandher dan tukang masak merupakan suspek utama. Keduanye ditangkap dan dikenakan tuduhan menculik, merogol dan membunuh semua mangsa.Dalam perakuan mereka, Moninder dan Surendra menyatakan mereka memakan hati dan jantung mangsa serta isi mayat dan dibuat sebagai kebab. Manakala mereka melakukan hubungan seks dengan mangsa perempuan sebelum membunuhnya
9. Keluarga Mauerova
Klara Mauerova, 31 tahun dan Barbara Skrlova adalah anggota Gerakan Grail dari Republik Ceko. Mereka telah melakukan serangan seksual kepada adik dan sepupu mereka selama hampir 8 tahun. Mangsa terakhir mereka dibunuh dan dimakan mentah-mentah dagingnya. Perkara ini diketahui jirannya dan bertindak memasang CCTV di sekitar rumahnya. Semasa ditangkap, Klara mengakui kekejaman yang dilakukan dengan bukti yang dirakam oleh jirannya
10. JEFFREY DAHMER
Jeffrey lahir di Amerika pada 12 Mei 1960. Die digelar ‘Jack The Ripper Ke-2’. Jeffrey akan makan semua mangsa korbannye. Semasa kecil Jeffrey bersekolah di SD Revere School dan sejak tu mempunyai tabiat aneh iaitu menyiksa haiwan yang telah mati. Walupun mayat haiwan tu hancur dilenyek lori, beliau tetap akan ambil dan potong-potong mayat tu. Semasa dewasa, Jeffrey menjadi seorang pemabuk tegar dan homoseksual. Beliau akan bertemujanji dengan kawan homo beliau sebelum bunuh dan makan kawannya itu. Mangsanya selalunya pengamal homo dalam usia lingkngan 14-36 tahun. Mangsa pertamanye ialah seorang kanak-kanak lelaki bernama Konerak Sinthasomphone
11. ALBERT FISH (1870-1936)
Seorang kanibal pemakan daging manusia dengan memakan lima belas anak-anaknya, namun dia hanya dihukum untuk dua kes pembunuhan dan korban terakhirnya adalah seorang anak berusia sekitar sepuluh tahun bernama Grace Budd, yang dipotongnya dalam ukuran-ukuran kecil dan kemudian dimasaknya dengan potongan-potongan lobak dan bawang. Di dalam surat kepada ibunya dia menulis "ini adalah keldai kecilnya yang dipanggangnya di luar rumah".
12. ANDREI CHIKATILO
Membunuh 58 wanita dan anak-anaknya di Rusia pada tahun 1978. Ada di antara mangsa-mangsanya dipotong dengan cara “menggigit”. Beliau berubah jadi kanibal selepas adiknya diculik anggota tubuh adiknya dimakan semasa Ukraine dilanda kebuluran pada tahun 1930an
13. ISSEI SAGAWA
Semasa Issei belajar di Paris beliau telaj jatuh cinta dengan Renée Hartevelt yg berumur 25 tahun berasal dari Belanda. Issei tak dapat lupakan kulit Renee yg putih gebu itu.
Pada satu hari Issei memujuk Renee ke rumahnya dan lalu membunuh Renee. Selepas dibunuh mayat Renee dirogol sepuas puasnya dan lepas itu beliau makan mayat kekasihnya itu.
14. VINCE LI
WINNIPEG: Seorang pendatang China percaya dia sedang menyerang makhluk asing ketika bertindak memenggal sebelum makan daging penumpang sebuah bas di barat Kanada, empat tahun, kata seorang pakar kesihatan mental.
Pada 2009, Vince Li diputuskan bertanggungjawab melakukan jenayah meskipun ada penyakit mental atas kematian Tim McLean, 22, pekerja karnival yang duduk di sebelahnya dalam sebuah bas ketika lalu di Portage la Prairie, Manitoba.
Ketika bas berhenti dan penumpang yang ketakutan lari, Li mengukir tubuh McLean, memakan sebahagiannya dan menunjukkan kepala mangsa kepada penumpang di luar bas.
McLean pada masa itu memejamkan mata dan mendengar muzik menerusi fon kepalanya apabila secara tiba-tiba Li berdiri dan mula menikamnya.
Ketika bas berhenti dan penumpang yang ketakutan lari, Li mengukir tubuh McLean, memakan sebahagiannya dan menunjukkan kepala mangsa kepada penumpang di luar bas.
Selepas keputusan hakim, Li diletakkan dalam bilik berkunci di Pusat Kesihatan Mental Selkirk. Pada mulanya, dia tidak dibenarkan keluar sehingga beberapa tahun kemudian.
Minggu lalu, satu lembaga kaji semula Kod Jenayah memutuskan Li boleh mula melakukan lawatan sambil diiring di ruang hospital dan bandar berhampiran di Selkirk.
Keputusan itu mencetuskan kemarahan sesetengah anggota masyarakat, menyebabkan Chris Summerville, ketua Persatuan Skizofrenia Manitoba menemuramah Li selama 45 minit hujung minggu lalu bagi mengesan perkembangannya.
Summerville bertemu Li sekurang-kurangnya dua kali sebulan sejak empat tahun lalu.
“Li rasa kesal dan agak malu, ‘Saya tahu ramai yang tidak mempercayainya. Dia juga sudah faham skizofrenia adalah penyakit mental, menyebabkan fikiran bercelaru. Dia tahu ubatan dapat membantu memberikan ketenangan,” kata Summerville.
Summerville mendedahkan satu transkrip yang disunting temuramah itu kepada media kelmarin, di mana dia dan Li membincangkan kejadian malam 30 Julai 2008 apabila Li duduk bersebelahan McLean yang dalam perjalanan melalui lebuh raya TransCanada ke sini. Tiga puluh tujuh penumpang berada dalam bas itu.
“Dia memberitahu sedang mencari makhluk asing dan suara tuhan memberitahunya bahawa Tim McLean adalah makhluk itu dan perlu memusnahkannya sebelum dia memusnahkan orang lain,” kata Summerville.
Menurut transkrip Summerville, Li tahu penumpang takutkannya.
“Saya faham orang lain takut dengan perbuatan saya dalam bas Greyhound.
“Saya tidak mengancam sesiapa. Saya tidak percayakan makhluk asing”, Summerville memetik Li sebagai berkata.
“Saya mengambil ubat setiap hari. Saya gembira mengambilnya. Saya tidak dengar suara pelik lagi.”
15. ROBERT ACKERMANN
Beliau ketagihan metamfetamin/ekstasi dan menjadikan dadah itu sebagai ubat kuat utk melakukan jenayah. Pada ogos 2007 ketika umur 19 tahun beliau di bawa ke Austria utk rawatan sakit mental. Beliau diletakkan sebilik dengan Josef Schweiger berumur 49 tahun. Pada satu hari jiran disebelah biliknya ternampak Robert sedang bertelanjang dan berada dalam posisi merangkak dengan mulut dipenuhi darah. Doktor & jururawat mendapati Robert sedang makan rakan sebiliknya.
16. SUMANTO
Dilahirkan di Purbalingga Jawa Tengah, pada Mac 1992. Pada awal 2003 beliau telah mencuri mayat seorang nenek yang baru dikuburkan dan memakan dagingnya kerana dipercayai dapat member semangat spiritual kepada kepercayaannya.
17. ALFERD PACKER
Pada Feb 1874, Alferd bersama 5 kawannya yg lain melakukan ekspedisi mendaki gunung di Colorado. 2 bulan kemudian Alferd kembali dari eskpedisi itu berseorangan. Keluarga & orang ramai bertanya kemanakah gerangan kawan-kawannya yg lain? Alferd berkata bahawa beliau telah membunuh dan makan kesemua kawan-kawannya itu dengan alasan utk bertahan hidop di kawasan pergunungan itu.
18. ARMIN MEIWES
Apa yang terjadi pada malam 9 Mac 2001, di luar jangkauan pemikiran orang normal. Dua lelaki dewasa naik ke tempat tidur di rumah Meiwes. Brandes telah menelan 20 pil tidur. Dan, dengan persetujuan Brandes, Meiwes memotong sebahagian zakar kawannya itu. Zakar itu kemudian digoreng dan dimakan bersama-sama.
Setelah makan malam dengan menu "sangat istimewa", Brandes - yang masih dalam keadaan berdarah pon mandi. Sementara, Meiwes membaca novel Star Trek. Bila dah pagi, Meiwes selesaikan tugasnya. Meiwes membunuh Brandes, dengan menikam lehernya menggunakan pisau dapur. Sebelum itu, Meiwes mencium korbannya terlebih dahulu. Lelaki kanibal itu memotong-motong tubuh Brandes, kemudian simpan dalam peti sejuk.
Meiwes memasak 20 kilogram daging tadi sedikit demi sedikit menggunakan minyak zaitun, & bawang putih.
"Dalam setiap gigitan, ingatanku kepadanya (Brandes) semakin kuat," katanya. "Rasanya serupa macam daging xabi," tambahnya lagi.
sumber & diedit
Monday, July 8, 2013
Senarai Nama Dan Kaum Orang Makan Orang!
11:43 PM
No comments
0 comments:
Post a Comment