Monday, March 26, 2012

Hantu Putih Pulang Kerumah !! - HGL

  


Jam menunjukkan 1 pagi.Rina masih di meja belajarnya, masih tekun mengulangkaji pelajaran memandangkan peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia akan tiba tidak lama lagi.Cuaca malam itu begitu dingin, hanya kedengaran bunyi cengkerik menyanyi di halaman rumah..Setelah menyiapkan baris nota yang terakhir, Rina mengambil keputusan untuk masuk tidur.Dicapainya Ipod Touch lalu disumbatkan earphone ke dalam telinganya. sambil cuba melelapkan mata.


Lagu Kembali Pulang bermain di telinganya
Kekasih yang dulu hilang
Kini dia telahkembali  pulang
Akan ku bawa dia terbang
Damai bersama bintang 

Belum sempat dia terlena tiba-tiba kedengaran bunyi kaca pinggan dari dapur rumahnya.Rina tersentak.Matanya pantas memandang sekeliling.Telinganya cuba menangkap bunyi itu sekali lagi. Kali ini bunya seolah-olah kerusi ditarik pula.Rina teringat akan kata-kata arwah neneknya jika ada dengar bunyi kaca berlaga di dapur dan bunyi kerusi ditarik pada waktu tengah malam tandanya ada saudara terdekat kita yang telah meninggal dunia datang melawat.

Rina bingkas bangun dari katilnya.Dia cuba untuk memberanikan diri untuk melihat apa yang berlaku dan untuk melihat sejauh mana kebenaran kata-kata arwah neneknya itu.Langkahnya perlahan menuruni tangga satu per satu.Sampai di ruang tamu langkahnya terhenti dan mengintai dari jauh ruang dapur namun dapur rumahnya masih gelap dan lampu tidak dibuka.

Tidak semena-mena bulu romanya berdiri.Rina mula berfikir perkara yang bukan-bukan.Rina mengambil keputusan untuk kembali ke biliknya tapi belum sempat Rina berpaling kelihatan lembaga putih bergerak dari ruang dapur menuju ke arah tempat dia berdiri.

"Ya Allah, Ya Allah......Allahula.......",mulut Rina terkumat kamit membaca Ayat Kursi.Lututnya terasa lemah longlai.Dia tidak mampu bergerak.Lembaga putih itu semakin hampir.Rina hanya mampu bertawakal kepada Allah.Dia seolah-olah mahu rebah namun berjaya menggagahkan diri.

"Apsal kau ni Rina?Muka pucat semacam je?", telinga Rina menangkap satu suara yang biasa didengarinya.

"Mak buat apa ni?Malam-malam bertelekung.Buat cuak Rina je", tanya Rina.

"Mak terbangun tadi.Nak solat tahajud.Tiba-tiba rasa haus pulak.Jomlah sembahyang tahajud sekali", jawab emaknya.

Rina kembali ke biliknya untuk mengambil telekung.Kini bertambah satu lagi lembaga putih di rumah tersebut.

 

0 comments:

Post a Comment