Singgah Fanpage Official Kami!

Pastikan anda tidak tercicir walau sekeping gambar lawak disini :)

Sertai Affiliate Stylo! di iamstylo.com

Sistem affiliate iamstylo adalah berasaskan affiliate 3 tier. Jika anda membuat jualan dengan menggunakan affiliate link yang telah iamstylo berikan maka anda boleh memperolehi 5% daripada harga jualan ( tidak termasuk harga pos ).

ADS HERE ?

iklan anda ?

ADS HERE?

IKLAN ANDA ?

ADS HERE?

IKLAN ANDA?

Tuesday, July 30, 2013

Gambar Dan Info Tentang Tahi Bintang Fukang!

1.Ditemui di gurun gobi di china pada 2000..setelah dipotong kepada beberapa bahagian baru terserlah kecantikannya.4.5 billion years in the making: Golden olivine meets silvery nickel-iron to create a stunningly beautiful mosaic effect.




Subhanaallah..disebalik cahaya matahari..


10 Manusia Yang Rupa Mereka Mirip Watak Kartun

 Carl Fredricksen, Up:


 Alfredo Linguini, Disney Pixar's Ratatouille:


 Eric Cartman, South Park.:


 Peter Griffin, Family Guy.:


 Dora The Explorer:


 Popeye:


 Mario Bros:


 BEAVIS:


 Meg, Family Guy:


 Ned Flanders, The Simpsons:


 Real-Life Cinderella Story:

Sumber : Portal Cetera

Selebriti - RUPA PELAKON ALAMAK TOYOL SEKARANG

Afiq Izzudin ialah pelakon muda yang melakonkan watak toyol di dalam filem Alamak Toyol. Inilah rupa beliau sekarang. 






Sumber Asal : Blogserius

Sunday, July 21, 2013

Air Coca Cola Setelah Dipanaskan!

coke
Minuman Coca cola menjadi kegemaran ramai, namun awas…
Pernahkah anda memanaskan setin air coca-cola? Tetapi sebelum dipanaskan, air minuman bergas kegemaran ramai ini kelihatan sungguh enak sebagai penghilang dahaga.  Mari lihat apa yang berlaku pada air coca-cola setelah dipanaskan.
Selepas air Coca-Cola dipanaskan selama  kira-kira setengah jam, hasil yang diperolehi tidak lah semenarik seperti keadaannya pada mula-mula tadi.
masak_coke
Coca-cola mula dipanaskan…
Coca-cola yang dipanaskan  akan meninggalkan sejenis lendir kasar berwarna hitam yang pada dasarnya adalah bahan kimia dan bahan perasa yang digunakan dalam proses membuat air Coca-Cola.
masak_coke2
Lendir mula terbentuk setelah coca-cola dipanaskan
Jika di negara China, bahan berlendir ini akan disejukkan dan digunakan sebagai ubat-ubatan. Sirap fruktosa dan bahan-bahan lain pada air Coca-Cola ini bersama dengan halia dan buah lemon boleh digunakan untuk mengurangkan penyakit yang berbeza.
Sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa minuman bergas seperti Coca-Cola ini sangat elok diminum.  Sebaliknya, apabila minuman ini dipanaskan sehingga mendidih, ia boleh membawa kesan yang baik pula.
hakis
Air Coca cola juga berupaya menghakis karat
Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai alat perkakas dapur yang kotor dan sukar dibersihkan, dengan menggunakan air Coca-Cola yang dipanaskan, ia boleh membersih dengan mudah dan hasilnya ia akan nampak seperti baru dibeli.  Begitu juga dengan barangan yang mempunyai kesan karat atau kotoran seperti wang syiling dan barang-barang tembaga.  Mudah saja, rendam seketika dalam air Coca-cola dan gosok.  Pasti berkilat kembali!,
Selain itu, dengan memasukkan halia ke dalam air Coca-Cola yang dipanaskan pada suhu sederhana dan minumnya ketika panas, ia mampu menghilangkan simptom selsema anda.
Jika diambil secara sekali-sekali sekala boleh dimaafkan lagi.  Tetapi buat yang ketagihkan minuman bergas ini…fikir-fikirlah akan kesannya pada usus perut anda.

Sumber :
BicaraSantai

Wednesday, July 17, 2013

Kisah Hidup Seorang Budak Yang Mengharukan



Zhang Da menanggung beban hidup yang berat ketika usianya masih sangat muda. Tahun 2001, ketika usianya mencecah 10 tahun, Zhang Da mesti menerima kenyataan ibunya lari dari rumah. Ibunya keliru kerana tidak tahan dengan kemiskinan yang dihadapi keluarganya. Yang lebih tragis, ibunya pergi kerana merasa tidak sanggup lagi mengurus suaminya yang lumpuh, tidak berdaya, dan tiada harta. Dan ia tidak mahu membantu keluarganya.
Maka Zhang Da yang tinggal berdua dengan ayahnya yang lumpuh, terpaksa mengambil-alih semua tanggungjawab keluarga. Ia harus mengurus ayahnya, mencari rezeki, memasaknya, memandikan ayahnya, mencuci pakaian, mengubati ayahnya, dan sebagainya.
Yang sangat menjadi inspirasi, ia tidak mahu berhenti sekolah. Setelah mengurus ayahnya, ia pergi ke sekolah berjalan kaki melewati hutan kecil dengan mengikuti jalan menuju tempatnya mencari ilmu. Selama dalam perjalanan, ia makan apa saja yang boleh mengenyangkan perutnya, mulai dari memakan rumput, dedaunan, dan jamur-jamur untuk memberi tenaga. Tidak semua boleh jadi bahan makanannya, ia memelih berdasarkan pengalaman. Jika satu tumbuhan di rasa tidak sesuai dengan lidahnya, ia tinggalkan dan berubah ke tumbahan berikutnya. Sangat bertuah karena ia tidak memakan tumbuhan atau herba yang beracun.
Usai sekolah, agar dirinya boleh membeli makanan dan ubatan untuk ayahnya, Zhang Da bekerja sebagai tukang batu. Ia membawa keranjang di punggung dan keluar menjadi pemecah batu. Upahnya ia gunakan untuk membeli pelbagai keperluan seperti ubat-ubatan untuk ayahnya, bahan makanan untuk berdua, dan sejumlah buku untuk ia pejalari.
Zhang Da ternyata cerdas. Ia tahu ayahnya tak hanya memerlukan ubat yang harus diminum, tetapi juga memerlukan ubat yang harus disuntikkan. Kerana tidak mampu membawa ayah ke doktor atau ke klinik terdekat, Zhang Da justeru mempelajari bagaimana cara menyuntik. Ia beli bukunya untuk ia pelajari caranya. Setelah boleh ia membeli jarum suntikan dan ubatnya lalu menyuntikkannya secara rutin pada ayahnya.

Kegiatan merawat ayahnya terus dijalaninya hingga sampai lima tahun. Rupanya kegigihan Zhang Da yang tinggal di Nanjing, Provinsi Zhejiang, menarik perhatian pemerintahan setempat. Pada Januari 2006 pemerintah China mengadakan penghargaan peringkat nasional pada tokoh-tokoh inspirasi peringkat nasional. Dari 10 nama yang dipilih, satu di antaranya terselip nama Zhang Da. Ternyata ia menjadi tokoh terpilih yang termuda.
Acara tersebut diadakan melalui siaran langsung dimedia secara nasional. Zhang Da diminta tampil ke depan pentas. Seorang pengacara bertanya kenapa dia mahu berkorban seperti itu padahal dirinya masih kanak-kanak. “Hidup mesti terus berjalan. Tidak boleh menyerah, tidak boleh melakukan kejahatan. Mesti menjalani hidup dengan penuh tanggung jawab,” katanya.

Setelah itu terdengar tepukan gemuruh dari seluruh penonton. Pengacara bertanya pada dia lagi. “Zhang Da, sebut saja apa yang kamu mahu?, sekolah di mana?, dan apa yang kamu inginkan? Berapa banyak duit yang kamu perlukan sehingga kamu habis belajar dan mahu sambung belajar di mana. Pokoknya apa yang kamu mahu sebutkan sahaja. Di sini ada banyak pejabat, perniagaan, dan orang terkenal yang hadir. Saat ini juga ada ratusan juta orang yang sedang melihat kamu melalui layar television, mereka boleh membantumu!” Jelas pengacara.
Zhang Da terdiam. suasana menjadi sunyi menunggu ucapanya. pengacara mesti mengingatkannya lagi. “Sebut saja!” kata pengacara menegaskan.
Zhang Da yang saat itu sudah berusaha 15 tahun pun mulai membuka mulutnya dengan bergetar. Semua hadirin di situ, dan juga jutaan orang yang menyaksikannya secara langsung melalui television, terdiam menunggu apa yang diinginkan oleh Zhang Da. “Saya mahu mama kembali. Mama kembalilah ke rumah, aku boleh membantu papa, aku boleh cari makan sendiri. Mama kembalilah!” kata Zhang Da yang disambut titisan air mata terharu para penonton.
Zhang Da tak meminta hadiah duit atau kebendaan atas keikhlasannya berbakti kepada orang tuanya. Sedangkan pada masa itu tetamu yang hadir boleh membantu menolongnya. Di mata Zhang Da, mungkin kebendaan boleh dicari mengikut dengan keperluannya, tetapi seorang ibu dan juga kasih sayang dari ibunya itu sangat tidak ternilai.
Pengajaran moral yang sangat sederhana, tetapi amat bermakna. Setuju kan?

Tuesday, July 16, 2013

Kubur Dalam Laut Terbesar Dalam Dunia


Asalnya dikenali sebagai Memorial Reef Atlantis, Neptune Memorial Reef adalah makam bawah air untuk kekal dibakar. Terletak 3,25 km timur Key Biscayne di Miami, Florida, ia adalah juga yang terbesar di dunia buatan terumbu buatan manusia , meliputi lebih 65,000 meter persegi di lantai lautan, pada kedalaman 40 kaki.

Selain menyebarkan abu di perairan laut, orang boleh menempatkan yang tersayang di Neptune Memorial Reef, di mana abu dicampur dengan simen yang direka untuk kegunaan dalam air dan dipasang ke dalam acuan, Kemudian penyelam akan menempatkan dan menjamin ke terumbu. Sebuah plak tembaga dan gangsa kemudian dipasang sebelah kepada struktur dan anda akan diberikan album foto dengan imej dari pemasangan.


 

Projek ini pada mulanya sepatutnya hanya replika "Bandar Hilang Atlantis", tetapi kemudian ia beralih ke arah matlamat yang lebih menguntungkan dengan menjadi tanah perkuburan yang pertama di dunia di bawah air dan taman peringatan. Hanya setengah ekar telah dibina, tetapi apabila siap tanah perkuburan merangkap karang akan meliputi 16 ekar. Karang telah mula menyerupai Lost City dengan patung gangsa singa, tiang megah dan ukiran cengkerang dan tapak sulaiman. Akan ada jalan air yang membawa kepada ciri-ciri pusat dengan bangku dan patung-patung. Fasa pertama dianggarkan dapat menampung 850 mayat, dengan matlamat akhirnya lebih daripada 125,000.






10 Keajaiban Alam Semulajadi Dunia.

Salam dan selamat sejahtera. Okay. Saje nak bagitahu. Hujung bulan ni Brader dah start cuti sem..haha..so Brader nak pi melancong. So this is my idea. Ada sape-sape nak support. Dengan begitu banyak nya sekali tempat-tempat yang menarik untuk di kunjungi di dunia ini, Brader senaraikan 10 keajaiban alam semulajadi di dunia yang patut kita lawat. Kumpul duit banyak-banyak dan jom melancong.


10) Gurun Sahara





Sahara, gurun besar, gurun terbesar dunia, gurun sahara, gurun di afrika.





Gurun Sahara merupakan kawasan gurun panas yang terbesar di dunia! Saiznya sahaja sudah sebesar negara Amerika. Besar kan? 






9) Teluk Ha Long


Ha Long Bay, telok ha long, telok vietnam, telok tercantik dunia.





Teluk Ha Long atau lebih popular dengan Ha Long Bay ini terletak di Vietnam, dengan kawasan yang seluas hampir 120 km persegi. Terdiri daripada pulau-pulau dan tanaman yang rimbun, kawasan ini memang cukup cantik dan mistik keindahan nya.




8) Gunung Everest



Everest, gunung everest, banjaran himalaya, nepal





Gunung  Everest pasti tidak perlu diperkenalkan kepada semua orang. Dengan ketinggian puncak nya 8848 meter, Everest merupakan gunung yang tertinggi di dunia. Ia nya terletak di antara sempadan Nepal dan Tibet.




7) Antartika



Antartika, penguin, kutub selatan,





Antartika juga merupakan sebuah tempat yang sangat unik dan menarik. Dengan kawasan nya yang diliputi ais sehingga 98%, Antartika merupakan sebuah benua yang sangat sejuk dan paling berangin di bumi. Antartika juga lebih sejuk daripada Artik.




6) Terumbu Karang Great Barrier



Great Barrier, terumbu karang, terumbu terbesar, terumbu australia.





Terumbu karang terbesar di dunia ini terletak di perairan Australia. Kawasan nya menjangkau sehingga 3000km dan boleh punya lah besar sampai boleh dilihat dari angkasa.




5) Grand Canyon



Grand Canyon, amerika, gaung terbesar, gaung tercantik.





Gaung besar ini terletak di Utara Arizona, Amerika. Sekalipun ianya bukan merupakan gaung terdalam atau yang paling panjang dalam dunia, gaung ini mendapat reputasi disebabkan keindahan nya. 




4) Air Terjun Iguazu



Iguazu, air terjun tercantik, sungai iguazu the devil throat, tekak syaitan.





Air terjun Iguazu terletak di sempadan antara Brazil dan Argentina. Menariknya, terdapat hampir 275 air terjun di sepanjang Sungai Iguazu, dengan air terjun yang paling popular adalah  the Devil’s Throat yang berbentuk U.




3) Amazon



Amazon, sungai amazon, lembah amazon, brazil,





Amazon juga merupakan keajaiban semula jadi dunia yang patut dilawati. Ia nya merupakan sungai yang terbesar di dunia, dengan hampir 1/5 air di bumi ini mengalir di sini! Spesies ikan yang hidup di sini juga adalah sehingga 3,000 jenis ekor dengan spesies baru masih lagi ditemui. 




2) Kepulauan Galapagos



Galapagos, biawak besar, darwin, teori darwin





Kepulauan Galapagos juga merupakan tempat yang menarik. Ia nya adalah kepulauan kecil yang dipunyai oleh Ecuador. Kepelbagaian hidupan di sini sangat hebat, sehingga kan memberi inspirasi kepada Charles Darwin untuk mengemukakan teori bodoh Teori Darwin.




1) Serengeti



Serengeti, afrika, keajaiban afrika, makna serengeti



Mungkin ramai yang belum pernah mendengar mengenai Serengeti. Namun ia nya merupakan satu tempat yang sangat kaya dengan ekosistem yang pelbagai. Terletak di antara Tanzania dan Kenya, Serengeti terkenal dengan penghijrahan besar-besaran binatang di dunia apabila tiba musimnya.

Menarik bukan semuanya. Akan tetapi jangan kita menikmati semua keindahan alam ini semata-mata tanpa mengamalkan tips-tips ini dan mengambil sedikit iktibar dari perjalanan kita itu. Allah s.w.t berfirman :
"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada". Surah Al-Hajj (22) ayat 46.

p/s : Teluk Ha Long je ah setakat ni yang nampak boleh jadi realiti..Doakan lah..haha..

VIDEO COMEL : AJAR BUDAK MENGAJI


sangat comel dan lucu gaya budak ni bila ayahnya mengajar dia mengaji. Comel sangat. Alhamdulillah, ayahnya walaupun tegas dan nampak garang tetapi selitkan perkara lucu untuk anaknya. Suka tengok video ni, mengajar kita bahawa betapa pentingnya untuk didik anak dari kecil untuk kenal Al-Quran. Jom Tengok.



bayangkan kalau budak ni tengok balik video ni, mesti akan jadi kenangan yang manis buat dia. bukan unsur lucu saja yang ada dlm video ni, tapi maksud tersirat yang nak disampaikan. betapa pentingnya untuk didik anak-anak dari kecil untuk kenal Al-Quran. Bukan sekadar membaca, tapi memahami dan mengamalkannya. semoga dia akan jadi anak yang soleh suatu hari nanti untuk ayah,ibu, keluarha dan paling penting untuk agama Islam tu sendiri. :)


Zombie Mata Satu

MAMPUKAH anda membuat perbuatan seperti ini?


IMEJ lelaki seperti lanun dengan salah satu matanya ditutupi dengan kain hitam sering kita lihat dalam drama atau filem.
Namun, bagi seorang lelaki, Billy Owen, dia kehilangan mata kanan serta sebahagian kecil bahagian mukanya hanya kerana penyakit resdung yang serius.
Lelaki yang berasal dari Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) itu pernah bekerja sebagai mekanik motosikal berkuasa tinggi.
Masanya sebelum ini sering dihabiskan dengan mengikuti konvoi motosikal selain minum sehingga mabuk di kelab-kelab malam walaupun sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.
Tetapi, satu pembedahan di sebuah hospital pada 2009 tiba-tiba mengubah dirinya.
Mulanya, lelaki malang ini mengalami simptom resdung biasa seperti pening kepala, batuk dan kesakitan di telinga.
"Saya sering pening. Doktor hanya mengatakan saya menghidap sakit resdung biasa dan diberikan ubat cair kahak untuk mengubatinya.
"Tetapi, isteri saya sering mendesak berjumpa dengan pakar," cerita Owen.
Pada 13 Februari 2009, selepas pemeriksaan rapi, seorang doktor mengesahkan Owen menghidapi penyakit sinonasal undifferentiated carcinoma (SNUC) - sejenis kanser pelik yang menyerang rongga pernafasan.
Hanya, 10 peratus penghidap penyakit ini sahaja yang hidup itupun kerana ia dikesan sejak awal.
Jadi zombie
Terang Owen, dalam kesnya, keadaannya telah sampai peringkat serius sehingga sebahagian struktur mukanya termasuk biji mata kanannya, tulang dan saraf perlu dibuang kerana telah rosak sama sekali.
Selepas pembedahan, deria bau Owen juga tidak berfungsi seperti biasa kecuali dengan aroma bangkai, gas dan jeruk.
Terdapat juga lubang besar pada bahagian biji mata serta muka di bahagian kanan kepalanya yang membolehkan Owen memasukkan jari ke lubang tersebut dan mengeluarkannya melalui mulut.

OWEN (tengah) kini bekerja sebagai zombie jadian di sebuah rumah hantu di Las Vegas, Amerika Syarikat.


Lelaki ini mulanya berasa malu dan rendah diri tetapi kerana keluarganya, tanggapan itu dibuang jauh.
Dia tidak lagi menjadi seorang mekanik motosikal tetapi menjadi zombie.
"Saya tidak boleh memandu kerana pandangan dua mata berbeza dengan satu mata," ujarnya.
Dia kini menjalani hidup lebih bahagia dengan isteri serta seorang anak lelakinya.
"Peristiwa ini memberi keinsafan kepada saya. Sebelum ini, hidup tidak keruan dan tidak bertanggungjawab kepada keluarga tetapi kini tidak lagi.
"Betul, kesakitan dan penyakit mampu mengubah peribadi manusia," jelas Owen.
Owen kini bekerja sebagai zombie di rumah hantu The Goretorium, Las Vegas.
"Apabila anda melihat salah satu matanya yang hilang pasti mengejutkan kerana sebahagian mukanya berlubang.
"Tetapi itulah satu-satunya Owen si lelaki mata satu," kata seorang rakannya sambil tersenyum.


Artikel Penuh: Milik Kosmo Sepenuhnya

Hakcipta terpelihara

Monday, July 15, 2013

Kemalangan Jalan Raya 4 Artis Terkenal (1990)

Apabila mengimbas kembali kisah kemalangan jalan raya yang melibatkan artis terkenal pada 1990, nama Zaiton Sameon yang akan muncul dahulu kerana kesan yang menimpa beliau dianggap sangat tragis hingga ke hari ini. Oleh kerana itu tidak ramai orang yang mengingati kisah-kisah 'kemalangan popular' lain yang berlaku pada tahun yang sama.




Pada 18 Jun 1990 berlaku kemalangan yang melibatkan dua buah kereta di Gombak, Selangor. Salah sebuah kereta dinaiki oleh pemain gitar terkenal, Man Kidal, daripada kumpulan rock Lefthanded. Kemalangan yang berlaku pada pukul 10.00 malam itu mengakibatkan kematian anak bongsu Man Kidal iaitu Syafida yang berusia 18 bulan. Kereta yang mereka naiki ketika itu dipandu oleh pemain dram Lefthanded, Man Dayak, yang mengalami cedera ringan. Penumpang lain dalam kereta tersebut ialah 3 ahli keluarga Man Kidal iaitu isterinya, anak sulungnya (Farah) dan adik iparnya. Kesemua mereka mengalami kecederaan kecil.

Keesokan harinya, pada 19 Jun 1990 berlaku pula kemalangan yang melibatkan penyanyi Azmeer (kini pencipta lagu) dan Ramlah Ram. Kereta yang mereka naiki bersama ketika itu dipandu oleh sepupu Ramlah yang bernama Hamdan Harun. Mereka bertiga dalam perjalanan untuk keluar makan apabila kemalangan itu berlaku di Jalan Damansara, Kuala Lumpur pada pukul 11.30 malam. Akibat kemalangan tersebut, Azmeer yang duduk di kerusi penumpang bahagian depan cedera serius di bahagian muka dan mata kanannya dimasuki kaca, manakala Ramlah dan Hamdan sekadar cedera ringan.





Azmeer dibawa ke wad kecemasan Hospital Universiti pada pukul 12.33 tengah malam. "Menurut keterangan yang dikeluarkan oleh Pengarah Hospital Universiti, Dr. Gurmukh Singh, bahagian muka Azmeer dipenuhi kaca ketika dibawa ke wad kecemasan hospital tersebut". Pada awal pagi 20 Jun itu Azmeer terus menjalani pembedahan pertama yang tamat pada pukul 3.30 pagi. Pada petang hari yang sama keluarga Azmeer yang berasal dari Singapura telah mendapat kebenaran daripada Hospital Universiti untuk memindahkan Azmeer ke Hospital Besar Singapura. Azmeer dibawa keluar dari Hospital Universiti dengan kawalan rapi oleh ahli keluarganya yang menghalang para jurugambar daripada merakamkan wajah Azmeer secara dekat. Untuk pengetahuan, kemalangan tersebut bukanlah yang pertama buat Azmeer kerana beliau "pernah terlibat dalam satu kemalangan hingga mengakibatkan tangan kirinya cacat"

Kedua-dua kemalangan tersebut sememangnya tidak dapat 'menandingi' tragedi yang berlaku lebih awal pada 21 Februari 1990. Kisah sedih yang menimpa Zaiton Sameon itu kini sedang difilemkan dan akan ditayangkan pada 2012. Penyanyi popular 1980-an itu cedera parah di bahagian kepala setelah terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Batang Kali. Kecederaan Zaiton dikatakan telah melemahkan daya ingatannya hingga memusnahkan terus kegemilangan yang pernah dikecapinya sebagai penyanyi suatu masa dahulu. Lebih menambahkan kesengsaraan ialah apabila anak tunggal Zaiton, Azirwan Abu Bakar, meninggal dunia dalam kemalangan yang sama. Van yang mereka naiki telah dilanggar oleh lori dalam kemalangan dahsyat itu (ada digambarkan dalam filem). Seorang lagi yang meninggal dunia ialah pemuzik pengiring Zaiton, Ismail Shaari.



Di bawah ialah gambar-gambar Zaiton Sameon semasa dirawat di Hospital Besar, Kuala Lumpur pada sekitar April 1990, iaitu semasa musim Hari Raya Aidilfitri:












Zaiton Sameon terlantar di Wad ICU & Wad 6A, Hospital Besar, Kuala Lumpur selama 83 hari sejak hari pertama kemalangannya. Gambar-gambar di bawah ialah keadaan beliau semasa hari terakhirnya di hospital itu pada 14 Mei 1990 sebelum dibenarkan pulang ke rumah. Masih kelihatan jelas kesan parut pada bahagian leher dan bawah mulutnya. Kakitangan hospital dan para peminat melambaikan tangan semasa melihat Zaiton dibawa pulang oleh ahli keluarganya.



Menurut cerita kakak Zaiton iaitu Lily Sameon, sejurus selepas kemalangan berlaku Zaiton dibawa ke Wad ICU dalam keadaan koma, mukanya bengkak serta patah kaki kiri. Melihat keadaan Zaiton ketika itu, doktor yang merawatnya meramalkan yang Zaiton tidak mempunyai harapan untuk hidup. Menurut Lily lagi, dalam proses rawatan selanjutnya semasa di hospital selepas itu, Zaiton sering meracau dan tidak dapat tidur. Keluarnya Zaiton dari hospital dalam keadaan selamat telah menidakkan ramalan awal doktor. Zaiton mungkin dilihat tidak sembuh sepenuhnya seperti keadaan asal semasa beliau bergelar penyanyi popular dahulu, tetapi pada ahli keluarganya Zaiton Sameon telah "hidup semula"

Sumber