Singgah Fanpage Official Kami!

Pastikan anda tidak tercicir walau sekeping gambar lawak disini :)

Sertai Affiliate Stylo! di iamstylo.com

Sistem affiliate iamstylo adalah berasaskan affiliate 3 tier. Jika anda membuat jualan dengan menggunakan affiliate link yang telah iamstylo berikan maka anda boleh memperolehi 5% daripada harga jualan ( tidak termasuk harga pos ).

ADS HERE ?

iklan anda ?

ADS HERE?

IKLAN ANDA ?

ADS HERE?

IKLAN ANDA?

Sunday, April 15, 2012

Malaysian Cyber Conference - Events MCC


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua pembaca HGL . DF mendapat email daripada salah seorang pembaca kami dimana pada 28 April 2012 ini akan berlansungnya Malaysian Cyber Conference atau lebih dikenali sebagai MCC yang bakal di adakan di Ipoh,Perak . Kami difahamkan pelbagai crew undergroud akan turut hadir memeriahkan majlis ini .. Mereka mendakwa , aktiviti seperti ini boleh merapatkan hubungan silaturahim antara crew yang lain dan berharap program seperti ini boleh mengembangkan lagi industri IT ini untuk terus maju . Semua Boleh Menyertainya !!

Kami difahamkan program ini terhad untuk 100 orang sahaja dan yuran pendaftaran RM 50 seorang . Jika anda 17 tahun kebawah , anda boleh membawa RM 40 sahaja .. Program ini berlansung pada jam 6.30 petang hingga 11.00 malam .


Cara pembayaran :

CIMB : Muhd Auzan Bin Azmi
020501 - 3475 - 4527

Sila scan slip pembayaran dan emailkan ke Support@df.my besertakan maklumat peribadi anda seperti :

Nama Penuh:
IC :
No Tel 1 :
No Tel 2 :
Alamat :
Status : Pekerjaan / Study

Tarik Tutup Pembayran : 21 April 2012

#kami boleh ambil anda di Stesyen Bas Medan Gopeng , Medan Kid dan Stesen Keretaapi jika anda menaiki kenderaan awam

*** maklumat selanjutkan akan anda perolehi selepas membuat pembayaran ..

Apa yang anda perolehi apabila menyertai program ini :

- Ilmu yang bermanfaat dalam dunia siber

- Pengetahuan dan Pemahaman yang meluas dalam dunia siber
- Sijil daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan
- Tempat duduk dan Makan di dalam program 
- Hubungan silaturahim lebih akrab 
- Sidikit cenderahati dari pihak Malaysian Cyber Conference
**dan banyak lagi jika ada pihak yang sudi untuk menaja kami !

---------------------------------------------------------------------------------

Aturcara Majlis Berlansung Bermula Jam 6.30 petang sehingga 11.00 malam

6.30 petang - 7.00 malam > Pendaftaran
7.00 malam - 7.30 malam > Persiapan solat maghrib / bacaan yassin
7.30 malam - 8.00 malam > Kata - kata aluan
8.00 malam - 10 . 00 malam > Pertunjukkan & Sesi soal jawab
10.00 malam - 11 . 00 malam > Games / Hiburan
11.00 malam > Majlis Bersurai

p/s : aturcara majlis boleh berubah mengikut kesesuaian keadaan ..

** Perhatian kepada anda yang ingin untuk membuat pertunjukkan , sila berikan nama anda serta tajuk pertunjukkan anda kepada kami ..

Sebarang Pertanyaan boleh emailkan ke : support@df.my

Anjuran :  Malaysian Cyber Conference



Sunday, April 1, 2012

Koleksi Lawak Panjang 1 !


Robin Hood, Zorro dan Orang Asli
Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik.
Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit… “I AM ZORRO… ..”
Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu. Dengan megahnye jugak… . si Robin Hood kata… “I AM ROBIN HOOD…”
Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu.
Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP… … … … .!!!! PPRRAAPP.
Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata…
“I AM SORRY… .!!”
Ibu Mertua
Alkisah ada seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga-tiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja.
Dia lalu memutuskan untuk menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu bermotor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu dan terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa berfikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya.
Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah, dan sehelai kertas bertulis “Dari ibu mertuamu”.
Giliran menantu kedua pula yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh dan terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian dan dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta.
Besoknya di depan rumah menantu kedua melihat terparkir Toyota Alphard, disertai sehelai kertas tercatat tulisan, “Dari ibu mertuamu”
Ketika giliran menantu ketiga diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air.
Seraya dia berkata, “Rasakan kau!”, sambil berputar membawa perahunya ke darat. Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, “Dari ayah mertuamu “
Telur Separuh Masak
Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.
Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata,
“beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu.”
Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.
“Telur ni untuk saya ke mak?”, tanya si anak.
“Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah
kau punye”, kata emaknya.
Interview Dengan Warna
Ali pegi interview kerja sebagai setiausaha.
Bila pengurus nampak dia dengan pakaian yang tak kena konsep dan juga rambut yang berwarna belang putih dan emas, dalam hati dia mula membentak;
“Argghhh! Orang macam ni pun ada!”. Tapi apa-apapun dia kena interview juga si Ali ni. Jadi dia pun tanyalah Ali,
“Kalau awak dapat buat ayat dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan perkataan yang saya bagi, saya rasa awak ada peluang untuk kerja ni! Perkataan-perkataannya ialah GREEN, PINK, YELLOW, BLUE, WHITE, PURPLE dan BLACK!”.
Jadi Ali pun berfikir sejenak dan kemudian menjawab… “I hear the phone GREEN, GREEN… GREEN… , then I go and PINK up the phone, I say YELLOW… BLUE’s that? WHITE did you say? Aiya… ! wrong number la… Don’t PURPLEy disturb people and don’t call BLACK, ok? Thank you.”
Lepas tu pengurus tu terus pengsan!